
Dalam keterujaan untuk membeli rumah kediaman sendiri, ada beberapa perkara yang perlu kita berhati-hati supaya akhirnya kita dapat membuat pemilihan dan keputusan yang baik. Jadi dalam entry kali ini, wahida nak kongsikan kepada anda 3 perkara yang kita perlu elakkan ketika membuat keputusan dalam pembelian hartanah.
- Hanya Melihat Kepada LAYAK.
Walaupun hanya kelayakan berdasarkan pendapatan kita yang bank lihat, tetapi sebagai pembeli kita kena bertanggungjawab atas diri sendiri untuk mengukur kemampuan kita. Hanya kita sahaja yang tahu keseluruhan perbelanjaan, komitmen dan gaya hidup yang kita belanjakan setiap bulan.
Jadi, dengan total perbelanjaan bulanan tersebut, adakah kita mampu menambah satu lagi komitmen bayar balik pinjaman perumahan yang mengikut kelayakan kita tadi? Walaupun mungkin kelayakan kita capai 500k, tetapi mungkin kemampuan untuk maintain bulanan tersebut hanya untuk rumah RM300k.
2. CASHBACK!
Di luar sana ada banyak projek perumahan yang menawarkan cashback. Cashback ini sebenarnya menyebabkan bulanan bayar balik pinjaman kita jadi lebih mahal kerana jumlah cashback yang anda terima telah dimasukkan ke dalam loan. Sekaligus menyebabkan kita terpaksa menanggung kos tambahan seperti MRTT dan Loan Agreement kerana harganya berdasarkan kepada jumlah pembiayaan kita.
wahida juga ada handle banyak projek perumahan baru yang ada cashback lebih dari 10% (boleh rujuk lokasi DI SINI). tetapi wahida tak syorkan client untuk ambik loan harga sebelum tolak cashback melainkan anda ada planning yang lebih baik seperti simpankan cashback tersebut dalam platform pelaburan seperti ASB dan Tabung Haji.
3. FREEHOLD/LEASEHOLD
Kebanyakan para pelabur hartanah langsung tidak mengambil kisah tentang status freehold atau leasehold. kerana mereka tahu itu bukanlah faktor menentukan kenaikan harga dan value rumah tersebut. Di Malaysia, rumah jenis freehold paling digemari kerana banyak auta yang mengatakan rumah jenis leasehold ini mudah untuk kerajaan ambil.
Fakta yang lebih tepat mengenai Freehold atau Leasehold boleh baca DI SINI.
