
Ramai yang tahu bahawa membeli RUMAH untuk membina ASET adalah sangat penting supaya keluarga kita mempunyai tempat untuk berteduh.
Namun ramai yang terlepas pandang satu perkara yang sangat kritikal.
Rumah yang dibeli dengan HUTANG tidak semestinya akan menjadi HARTA.
Jika tidak dirancang dengan betul, rumah tersebut boleh bertukar menjadi BEBAN kepada keluarga sekiranya mereka tidak mampu menyelesaikan baki hutang rumah selepas kita meninggal dunia.
Bayangkan jika perkara ini berlaku:
Suami meninggal dunia secara mengejut, tetapi masih ada baki hutang rumah ratusan ribu ringgit. Isteri pula tidak mampu meneruskan bayaran bulanan kerana pendapatan keluarga sudah berkurang.
Akhirnya rumah yang dibina dengan susah payah itu terpaksa dilelong oleh pihak bank.

Sebab itu sebagai pembeli rumah, ada 3 perkara penting yang wajib anda tahu supaya rumah yang dibeli benar-benar menjadi harta untuk keluarga, bukan beban.
1. Pastikan Hutang Rumah Boleh Dilupuskan Jika Berlaku Kematian.
Perkara paling penting ialah memastikan hutang rumah boleh diselesaikan jika berlaku sesuatu kepada kita.
Cara paling mudah ialah dengan mengalihkan sebahagian kecil pendapatan bulanan (sekitar maksimum 10%) untuk mencarum hibah takaful.
Melalui hibah takaful ini, kita sebenarnya sedang menyediakan harta tunai kepada keluarga.
Jika berlaku risiko seperti:
• Kematian awal
• Sakit kritikal
• Cacat kekal
Pampasan hibah takaful boleh digunakan untuk:
✔ Menyelesaikan baki hutang rumah
✔ Membayar hutang lain
✔ Menampung kehidupan keluarga sementara waktu
Dengan cara ini, rumah yang dibeli tidak akan membebankan keluarga.

2. Letakkan Penama Pada Sijil Hibah Takaful.
Ramai orang mengambil takaful tetapi terlupa meletakkan penama (beneficiary).
Wahida sarankan supaya letakkan seorang penama sahaja, contohnya pasangan.
Apabila pasangan menjadi penama:
✔ Pasangan boleh menerima 100% pampasan takaful
✔ Lebih mudah untuk menyelesaikan baki hutang rumah
✔ Tidak perlu menunggu pembahagian faraid
Jika tiada penama diletakkan, pampasan tersebut akan diagihkan kepada waris mengikut hukum faraid.
Akibatnya, jumlah pampasan perlu dibahagikan kepada beberapa waris dan mungkin tidak mencukupi untuk menyelesaikan baki hutang rumah.
Ini menyebabkan hasrat untuk pasangan dan anak-anak terus tinggal di rumah tersebut menjadi lebih sukar.

3. Urus Gaji Dengan Formula Kewangan Yang Betul.
Selain perlindungan takaful, pengurusan kewangan juga sangat penting.
Ramai yang melakukan kesilapan dengan membelanjakan 100% pendapatan bulanan untuk komitmen dan perbelanjaan.
Apabila berlaku musibah seperti kehilangan pekerjaan atau sakit, kewangan keluarga akan terus terjejas.
Sebab itu penting untuk mengurus gaji dengan formula yang betul seperti di bawah:

Kesimpulan
Membeli rumah memang satu langkah yang baik untuk membina aset. Namun tanpa perancangan yang betul, rumah yang dibeli dengan hutang boleh bertukar menjadi beban kepada keluarga.
Jika anda membeli rumah menggunakan pembiayaan Bank/Lppsa, pastikan:
✔ Hutang rumah boleh dilupuskan melalui hibah takaful
✔ Meletakkan penama pada sijil takaful
✔ Mengurus kewangan dengan formula yang betul
InsyaAllah rumah yang dibeli akan benar-benar menjadi harta yang melindungi keluarga.

📌 Jika anda ingin semak berapa jumlah hibah takaful yang sesuai untuk melindungi hutang rumah anda, Wahida boleh bantu kira secara percuma. maklumat lanjut tentang HIBAH TAKAFUL bolek KLIK DI SINI.