
Salam semua, apa khabar? 🙂
Sebagai Perunding Hartanah dan Takaful, banyak soalan yang wahida terima samada dalam kalangan pelanggan wahida sendiri atau pemilik-pemilik hartanah di luar sana tentang macam mana nak HIBAHkan RUMAH supaya tak perlu agihan faraid lepas meninggal nanti. Jadi di sini izinkan Wahida untuk share panduan ringkas tapi cukup untuk anda faham macam mana nak buat. harapnya maklumat yang wahida bagi ni bermanfaat untuk anda dan keluarga tersayang. 😊
HIBAH ni maksudnya HADIAH..so bila kita nak bagi hadiah kepada seseorang, kita boleh bagi dekat sesiapa saja walaupun bukan waris. Nama pun HADIAH kan, terpulang kepada kita nak bagi dekat sesiapa pun. Tapi syaratnya mestilah benda yang kita nak bagi tu ‘MILIK KITA’. mana ada orang hadiahkan something yang bukan milik dia.. betul tak?
Kalau RUMAH yang kita beli hutang masih belum habis bayar, agak-agak rumah tu dah jadi milik kita ke belum..Pernah terfikir tak tentang ni? sebenarnya RUMAH MASIH DALAM HUTANG ni masih bukan milik kita lagi tau..kalau tak mampu bayar dah nanti, anytime je bank boleh Tarik. So, macam mana nak hibahkan rumah tu kalau masih ada loan?

Jawapannya BOLEH!..kes hartanah ni special sikit. rumah yang masih under loan, kita boleh buat HIBAH HARTANAH BERCAGAR. Apa maksud HIBAH BERCAGAR dan kenapa dia dipanggil HIBAH BERCAGAR?
Hibah bercagar ni adalah untuk RUMAH yang masih dalam pembiayaan (Hutang). Disebabkan masih ada HUTANG, maka Cagaran yang perlu ada adalah PAMPASAN TAKAFUL atau nilai harta yang cukup untuk melupuskan hutang tersebut lepas kematian nanti. Barulah hibah rumah tersebut boleh dilaksanakan sepenuhnya oleh syarikat amanah yang telah dilantik semasa hidup kepada penama hibah yang si mati sudah tetapkan.
Tujuan hibah bercagar ni adalah untuk mengelakkan pergaduhan dan perebutan harta pusaka di kemudian hari. Jika kita tak hibahkan rumah ni siap-siap semasa hidup, Selepas meninggal rumah anda akan menjadi HARTA PUSAKA, dan perlu diagihkan mengikut agihan faraid.

Kalau anda nak buat Hibah bercagar ni, anda dah boleh lantik syarikat amanah untuk hibahkan siap2 rumah yang kita beli tu dekat sesiapa yang kita nak bagi lepas meninggal nanti. Namun, harus ingat bahawa SYARAT UTAMA anda mesti ada PAMPASAN TAKAFUL yang cukup untuk lupuskan baki hutang rumah lepas meninggal..baru lah nanti proses hibah tu boleh terlaksana dengan mudah.
Sekiranya anda tidak ada menyediakan perlindungan TAKAFUL yang cukup kepada waris, dan waris pula tidak mampu nak settlekan baki hutang rumah tersebut, maka tidak terlaksanalah hajat anda untuk hibah rumah tu kepada orang yang anda sayang. Jika waris pun tak mampu nak bayar dah, terpaksa jual atau kena lelong pulak rumah anda tu nanti, Nauzubillah.
Ramai sangat pembeli hartanah yang tak ambik berat macam mana nak rancang untuk settlekan baki hutang rumah selepas meninggal dunia, yang menyebabkan RISIKO HUTANG RUMAH tak diuruskan dengan baik sehingga menjadi penyumbang kepada statistik rumah lelong di Malaysia.

Anda boleh Take note Step penting kat sini untuk laksanakan HIBAH HARTANAH BERCAGAR:
1.      Semak Letter offer bank untuk pastikan coverage MRTT cukup untuk cover baki hutang rumah lepas meninggal. Jika anda tak pasti nak semak sendiri, saya boleh bantu review letter offer anda DI SINI.
2.      Sekiranya MRTT yang anda dapat tak cukup perlindungan, Wajib ambik HIBAH TAKAFUL supaya anda tinggalkan manfaat pampasan takaful kepada orang yang anda sayang sebagai persediaan settlekan baki hutang rumah selepas kematian.
So penerima HIBAH TAKAFUL boleh gunakan duit pampasan tersebut untuk lupuskan baki hutang rumah, hutang-hutang arwah yang lain dan juga boleh digunakan untuk kelangsungan hidup sekiranya masih ada lebihan. Sebab itu sangat disarankan untuk ambik jumlah pampasan hibah takaful lebih dari baki hutang semasa supaya ada lebihan kepada pasangan dan anak-anak teruskan kelangsungan hidup.

inilah sebenarnya ALTERNATIF paling TERBAIK yang kita boleh buat untuk pastikan HUTANG boleh tukar jadi HARTA selepas meninggal tanpa ada simpanan yang banyak dan tanpa membebankan waris. Namun, sayangnya ramai rakyat Malaysia yang BANYAK HUTANG tanpa PERLINDUNGAN TAKAFUL.
Kalau anda nak tahu macam mana nak dapatkan quotation PERLINDUNGAN TAKAFUL, Rujuk Di Sini.
Ikhlas Dari Saya,
– Alwahida Ismail
Home & Risk Solution Specialist