Hartanah Freehold Lebih Baik Dari Leasehold, Fakta atau Auta?

BETUL KE HARTANAH FREEHOLD LAGI BAIK DARI LEASEHOLD, Ada beza banyak ke beli rumah FREEHOLD dengan LEASEHOLD? Jom kita belajar sikit moga-moga manfaat.

Bila anda sudah mula membuat survey rumah di internet, pastinya anda akan perasan di dalam spesifikasi rumah tu ada tertulis samada rumah ni FREEHOLD atau LEASEHOLD.

Rata-rata pembeli mesti dia akan tanya status pegangan FREEHOLD atau sebaliknya. Memang selalunya FREEHOLD sangat menjadi buruan. sehinggakan, ada pembeli yang terlalu ‘obses’ dengan hak pegangan ni sampai sanggup tak jadi nak beli disebabkan rumah berstatus leasehold, walaupun rumah yang ingin dibeli itu sudah cukup baik ciri-cirinyanya.

FREEHOLD atau maksudnya ialah dipanggil PEGANGAN BEBAS, atau disebut di dalam Kanun Tanah Negara (KTN) sebagai perpetuity. Ia bermakna jika anda membeli satu-satu hartanah yang berstatus FREEHOLD, pegangan anda tidak ada limit dan tidak bertempoh.

Berbeza dengan Leasehold, ianya bermaksud pegangan bertempoh. Tanah yang dibangunkan untuk dibuat rumah oleh pemaju-pemaju adalah tanah hak milik kerajaan negeri. Jika tanah yang dibangunkan itu leasehold, ianya bermaksud rumah anda berada di atas tanah yang telah dipajak syaratkan oleh kerajaan negeri secara bertempoh, dan selalunya sehingga maksima 99 tahun.

Semua orang tahu akan dua perbezaan status di atas kan. Namun apa yang orang tidak tahu adalah samada pegangan Freehold atau Leasehold, kerajaan mempunyai ‘hak’ untuk membuat pengambil alihan (acquisition) sekiranya difikirkan perlu.

Jomlah kita tengok apa kata MEOW… 😎 

Ada satu perkara yang sangat penting lagi yang ramai orang terlepas pandang, adalah tempoh pajakan. Tempoh pajakan untuk tanah berstatus LEASEHOLD adalah sangat lama sehingga mencapai tempoh 99 tahun.

cuba bayangkan jika kita beli rumah sekarang berapa umur kita? jika ada anak umur 1 tahun pun, anak 100 tahun baru tempoh pajakan tamat. pernah tak terfikir bahawa adakah kita akan terus kekal duduk di situ sehingga 99 tahun, atau kemungkinan besar rumah itu terpaksa dijual disebabnya beberapa faktor. Mungkin terpaksa berpindah atau terpaksa difaraidkan.

so, sebenarnya status tanah adalah perkara yang tidak begitu berat untuk dipertimbangkan semasa ingin membuat keputusan membeli rumah. Yang paling penting adalah ciri-ciri rumah yang ingin dibeli itu memuaskan dan lokasi perumahan tersebut mempunyai POTENSI yang baik untuk mencapai FUTURE VALUE yang tinggi.

LEARN MORE

Jika perkongsian ini bermanfaat, Jom kongsikan!

This image has an empty alt attribute; its file name is Webp.net-gifmaker-27-1.gif

1 thought on “Hartanah Freehold Lebih Baik Dari Leasehold, Fakta atau Auta?

  1. Pingback: Elakkan 3 Kesilapan Ini Ketika Membeli Hartanah. – Zon Kewangan & Hartanah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *