Apa Itu Teknik 50/30/20 Dalam Pengurusan Kewangan?

Teknik 50/30/20 adalah sebuah ‘budgeting rule’ yang diperkenalkan oleh Elizabeth Warren, seorang senator Amerika Syarikat yang telah pun berkhidmat sejak tahun 2013.

Teknik 50/30/20 ini sangatlah mudah untuk difahami untuk menguruskan bajet dan kewangan peribadi, dan ia juga dibuktikan berkesan dalam membantu mencapai matlamat kewangan.

Berikut adalah cara untuk mengaplikasikan teknik ini ke dalam pengurusan kewangan dan bajet :

  1. Hitung Pendapatan Bersih Anda Selepas Cukai Dan Sebagainya

Pendapatan bersih terbahagi kepada dua iaitu :

  • Pekerjaan Biasa :

Pendapatan Bersih = Gaji – (Cukai + EPF)

  • Pekerjaan Sendiri :

Pendapatan Bersih = Pendapatan Kasar – (Perbelanjaan bisnes(minyak,tol, dsb) + Cukai Pendapatan)

2. Hadkan Keperluan Kepada 50% Sahaja

Untuk bahagian ini, anda haruslah pandai membezakan antara keperluan dan juga kemahuan.

Apabila anda mampu untuk membezakan antara keperluan dan kemahuan, anda haruslah mengehadkan hanya 50% sahaja daripada pendapatan bersih anda untuk perbelanjaan keperluan.

Dalam erti kata lain, 50% ini adalah kos tetap iaitu bayaran yang mesti dibuat setiap bulan seperti pinjaman pembiayaan rumah, kereta, sewaan, bayar takaful, dan bil-bil utiliti.

Jumlah 50% ini juga merangkumi perbelanjaan-perbelanjaan asas seperti makan-minum, barang dapur, minyak kereta dan tol.


3. Hadkan Kemahuan Kepada 30% Sahaja

Untuk bahagian 30% ini pula, ianya khas untuk komitmen tidak tetap atau perbelanjaan yang berubah-ubah dan kurang penting.

Dalam teknik 50/30/20, bahagian 30% ini adalah bahagian yang paling digemari kerana jarang-jarang sekali kita mempunyai bajet untuk meletakkan kemahuan.

Contoh perbelanjaan kemahuan ini adalah seperti melancong, shopping, menonton wayang, menambah aksesori kereta dan sebagainya.

4. Simpan atau Laburkan 20% Daripada Pendapatan

Dalam teknik 50/30/20, bahagian ini adalah bahagian yang paling penting.

Anda haruslah memasukkan 20% daripada pendapatan bersih anda untuk simpanan tabung kecemasan, simpanan persaraan, pelaburan dan perlindungan insurans takaful.

Untuk tabung kecemasan, anda haruslah mempunyai sekurang-kurangnya 3 ke 6 kali gaji yang anda perolehi sekarang. Contohnya jika gaji anda adalah RM 3000, jadi tabung kecemasan anda haruslah mempunyai sekurang-kurangnya RM 9000.

Sekiranya kita mampu untuk menyimpan lebih dari jumlah tersebut, ia adalah lebih baik tetapi jika tidak mampu, kita cuma perlu ikut teknik 50/30/20.

Kesimpulannya, untuk menggunakan teknik ini, langkah pertama yang patut anda lakukan adalah pandai dan faham untuk membezakan keperluan dan kemahuan anda sendiri.

Contohnya, jika anda mendapat gaji bersih sebanyak RM 2000 sebulan, anda hanya perlu pecahkannya kepada formula 50/30/20 ini dan anda akan mendapat jumlah tersebut :

  • Keperluan – 50% : RM 1000
  • Kemahuan – 30% : RM 600
  • Simpanan – 20% : RM 400

Berikut adalah contoh yang jelas tentang pecahan formula tersebut. Begitulah signifikannya teknik 50/30/20 ini dalam membantu menguruskan pendapatan anda dengan lebih baik lagi dan formula ini amatlah sesuai digunakan untuk mereka yang berpendapatan sederhana.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *