HOC: Manfaatkan Kempen Pemilikan Rumah sehingga Disember 2021

Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan tempoh Kempen Pemilikan Rumah atau Home Ownership Campaign (HOC) yang sepatutnya telah tamat pada Mei 2021,dilanjutkan sehingga akhir tahun ini. Disebabkan keadaan COVID-19 yang belum reda, kerajaan meneruskan peranan untuk meringankan beban rakyat memiliki kediaman ketika tempoh mencabar akibat COVID-19.

Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA), Datuk Ir Soam Heng Choon, berkata insentif itu akan memanfaatkan bakal pembeli rumah menerusi diskaun yang ditawarkan ke atas harga kediaman.

“Lanjutan Kempen Pemilikan Rumah membantu bakal pembeli yang mungkin berdepan kesukaran untuk melunaskan duti setem. Dari sudut pemaju pula, ia menyokong usaha kami mencapai agenda pemilikan rumah,” katanya.

LEARN MORE

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan bantuan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+) bulan lalu menjelaskan bahawa kerajaan bersetuju melanjutkan pengecualian duti setem Kempen Pemilikan Rumah sehingga 31 Disember ini.

PROJEK MEGA PERAK

Peluang yang sepatutnya berakhir 31 Mei lalu ini dapat memberi MANFAAT kepada lebih ramai lagi yang belum sempat membeli rumah sebelum mei 2021 yang lalu.

Heng Choon berkata, keputusan itu selaras dengan cadangan REHDA kepada kerajaan supaya melanjutkan insentif berkenaan untuk tempoh tujuh bulan lagi bagi menyokong industri hartanah, selain menyumbang kepada pembangunan semula ekonomi negara.

“Sementara menunggu insentif ini diwartakan sebelum dilaksanakan secara rasmi, kami berharap rakyat dapat mengambil kesempatan atas bantuan ini mendapatkan kediaman yang diimpikan,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Kehormat Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA), Datuk Chang Kim Loong, berkata insentif ditawarkan dalam Kempen Pemilikan Rumah itu wajar diperluaskan kepada pasaran hartanah sekunder yang turut terjejas akibat pandemik.

Katanya, insentif berkenaan sepatutnya boleh terpakai untuk pembeli rumah pertama yang ingin membeli kediaman di pasaran sekunder, sekali gus memperluaskan hasrat kerajaan mengaktifkan semula pasaran hartanah.

P/s: Khusus kepada Penjawat awam yang perlukan khidmat bantuan urus LPPSA untuk semua jenis pembiayaan. boleh KLIK SINI

1 thought on “HOC: Manfaatkan Kempen Pemilikan Rumah sehingga Disember 2021

  1. Alwahida Ismail Post author

    Real Estate Services, Alwahida Ismail adalah seorang property advisor dan service consultant untuk pembiayaan Bank & LPPSA. Alwahida Ismail telah berjaya membantu ramai kakitangan awam dan swasta dalam pemilikan rumah pertama mereka, dan telah banyak bantu menguruskan pembiayaan LPPSA kakitangan awam yang ingin membeli tanah dan rumah. Untuk mendapatkan Alwahida Ismail sebagai property advisor anda atau ketahui perkhidmatan yang dikendalikan, lawati https://alwahidaismail.com atau hubungi 013-5022811 (save kan nombor ini) 😉

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *