Skim Rumah Pertamaku (SRP)

      No Comments on Skim Rumah Pertamaku (SRP)

Skim Rumah Pertamaku (SRP) adalah inisiatif pemilikan rumah yang pertama kali diumumkan dalam Belanjawan 2011 oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu pembeli rumah pertama untuk membeli rumah pertama mereka. Skim ini membolehkan pembeli rumah pertama untuk mendapatkan pembiayaan sehingga 110% daripada bank-bank yang terlibat bagi membolehkan mereka untuk memiliki rumah tanpa perlu membayar wang pendahuluan.

Siapakah Yang Layak?

Skim rumah pertamaku ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia dengan pendapatan kasar bulanan isi rumah tidak lebih daripada RM5,000. Pemohon dengan pendapatan kasar bulanan isi rumah tidak lebih daripada RM10,000 adalah layak bagi pemohon bersama (berdasarkan pendapatan kasar bulanan maksimum tidak lebih daripada RM5,000 bagi setiap pemohon. Walaubagaimanapun, had umur pemohon adalah bergantung kepada tempoh pembiayaan.

Saya bekerja sendiri dan purata pendapatan saya sebulan ialah RM2,000. Adakah saya layak untuk skim ini?

Ya, skim ini adalah terbuka kepada kakitangan di sektor awam dan swasta, termasuk mereka yang bekerja sendiri.

Saya bekerja di sebuah badan berkanun manakala pasangan saya bekerja di sektor swasta. Adakah kami layak untuk menjadi pemohon bersama dibawah skim ini?

Ya, kedua-duanya layak untuk memohon skim ini.

Saya berkerja sendiri sedangkan pasangan saya bekerja di sebuah syarikat perdagangan dengan pendapatan sebanyak RM2,000 sebulan. Adakah kami layak untuk menjadi pemohon bersama dibawah skim ini?

Ya, kedua-duanya layak untuk memohon skim ini.

Saya dan pasangan masing-masing berpendapatan sebanyak RM2,000 dan RM3,000 sebulan dan kami ingin mendapatkan pembiayaan penuh untuk membeli rumah pertama kami bernilai RM300,000. Adakah kami layak di bawak Skim ini?

Ya. Pemohon individu/bersama dengan pendapatan kasar bulanan isi rumah tidak lebih daripada RM5,000 dan bagi pembelian hartanah yang bernilai sehingga RM300,000 layak untuk mendapat pembiayaan 110% di bawah skim rumah pertamaku.

PROJEK MEGA PERAK

Bagaimanakah caranya untuk saya mendapatkan pembiayaan 100% untuk membeli hartanah yang bernilai RM400,000?

Anda boleh memohon untuk pembiayaan 100% melalui pembiayaan individu/bersama. Pendapatan kasar bulanan isi rumah pemohon individu hendaklah tidak lebih daripada RM5,000 dan pendapatan kasar bulanan isi rumah bersama pula tidak lebih daripada RM10,000 (tertakluk kepada pendapatan kasar bulanan isi rumah tidak lebih daripada RM5,000 bagi setiap pemohon).

Jika diandaikan yang kedua-dua pemohon tidak mempunyai sebarang komitmen semasa permohonan dibuat, tempoh pembiayaan adalah 35 tahun (tertakluk kepada umur kedua-dua pemohon tidak lebih daripada 70 tahun pada akhir tempoh pembiayaan) dan memenuhi semua keperluan kredit bank, ansuran bulanan pembiayaan pembelian hartanah yang bernilai RM400,000 tidak boleh melebihi 60% daripada gabungan pendapatan bersih bulanan kedua-dua pemohon.

Saya dan rakan saya memenuhi semua kriteria kelayakan yang dinyatakan. Bolehkah kami menjadi pemohon bersama untuk pembiayaan dibawah Skim ini?

Tidak, pemohon bersama mestilah ahli keluarga, seperti suami dan isteri atau adik beradik sahaja, dan mestilah memenuhi semua kriteria yang ditetapkan.

Jika seseorang mewarisi harta kediaman, adakah dia masih memenuhi takrif pembeli rumah pertama?

Objektif inisiatif Skim rumah pertamaku ini adalah untuk membantu isi rumah untuk memiliki harta kediaman pertama. Jika seseorang mewarisi sebuah rumah, dia dianggap sudah memiliki harta kediaman dan oleh itu, dia tidak berada di bawah kategori ini. Bakal pemohon mungkin dikehendaki menandatangani borang pengisytiharan diri yang menyatakan bahawa mereka tidak mewarisi atau memiliki harta kediaman semasa membuat permohonan.

SEMAK LOKASI DI SINI

Siapa yang layak sebagai pemohon bersama?

Pemohon bersama merangkumi pasangan, ibu bapa, anak atau adik beradik (yang tinggal bersama di rumah baru), dengan syarat mereka memenuhi kriteria lain.

Apakah jenis harta yang dibenarkan (sebagai contoh SOHO, pangsapuri servis)?

Ia mestilah harta kediaman untuk dihuni sendiri (sama ada yang dalam pembinaan atau sudah siap) daripada pasaran utama atau sekunder.

Apakah tempoh pembiayaan maksimum?

Tempoh maksimum pembiayaan adalah 35 tahun, tertakluk kepada umur pemohon tidak melebih daripadai 70 tahun pada akhir tempoh pembiayaan dan polisi penajajaminan bank-bank yang terlibat.

Adakah proses kelulusan pembiayaan tertakluk kepada piawai penajajaminan dan piawaian kredit bank?

Ya, bank yang terlibat akan terus memproses dan meluluskan pembiayaan berdasarkan kriteria kelayakan Skim rumah pertamaku dan piawaian penajaminan dan kredit bank masing-masing yang harus mematuhi semua garis panduan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia berkaitan pembiayaan dari semasa ke semasa.

Skim Rumah Pertamku dapat bantu anda beli rumah pertama tanpa mengeluarkan wang pendahuluan. Jadi gunakan peluang Skim Rumah Pertamaku ini untuk realisasikan IMPIAN RUMAH PERTAMA anda. 😊

KONGSIKAN ☟

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *