
Nasihat beli rumah pertama yang boleh digunakan sebelum anda membuat permohonan pembelian rumah pertama anda.
1. ELAKKAN LOAN TAK PENTING
Pastikan anda tidak mudah terpengaruh dan mudah untuk membuat loan yang tidak penting sebelum beli rumah. Hal ini akan menyebabkan komitmen anda akan jadi tinggi dan dsr anda akan hancur. DSR ini adalah ukuran kemampuan gaji bersih menampung jumlah komitmen sedia ada dan juga komitmen bulanan rumah anda nanti.
2. GUNAKAN AKAUN SYARIKAT SEKIRANYA BERNIAGA.
Kalau anda seorang usahawan atau yang bekerja sendiri, pastikan duit masuk ke akaun syarikat anda, bukan ke akaun personal ya. Ini kerana akaun personal tidak dikira sebagai income. Jadi, rugilah. Kalau ada yang terlepas juga, boleh transfer semula ke akaun syarikat dengan nota “ CASH SALES “. Kalau anda bekerja makan gaji, dan dalam masa yang sama ada bisnes sendiri, daftarkan jugak company tu. ENTERPRISE saja dulu pun dah cukup.
3. BELI RUMAH PERTAMA SEBAGAI INVESTMENT.
Untuk rumah pertama, pastikan anda beli untuk tujuan investment. Kenapa saya kata macam ni? Sebab kalau anda beli untuk duduk sendiri, ianya akan jadi expenses atau pun PERBELANJAAN. tapi kalau anda invest, ia akan jadi income pula. Investment pula terbahagi kepada dua. Sama ada Cash Flow atau Capital Gain.
Sekiranya anda memilih cash flow investment. Maksudnya kita sewakan rumah tersebut kepada orang lain. Satu lagi ialah Capital Gain. Ini bermaksud, kita beli rumah pada tempoh tertentu, dan bila value rumah tersebut meningkat, kita jual / flip rumah tersebut dan mendapat untung daripada jualan tersebut. Cara ini dipanggil Capital Gain.
tak salah jika anda ingin beli rumah pertama untuk duduk, terpulang kepada ukuran kemampuan masing-masing.

4. JANGAN COMBINE LOAN SUAMI ISTERI SEKIRANYA MAMPU.
Elakkan daripada combine nama suami isteri semasa membeli rumah sekiranya loan seorang sudah mencukupi. Ini adalah kerana, setiap orang hanya layak untuk dapat loan 90% untuk dua buah rumah saja. Kalau rumah ke3, hanya dapat loan 70% sahaja. Ini bermakna, kalau ikutkan rules, sepasang suami isteri akan dapat beli 4 buah rumah. Tapi kalau combine nama, ianya akan jadi 2 buah rumah saja untuk dapatkan loan 90%. Jadi, rugilah anda. Percaturan yang betul untuk suami isteri ialah… Beli 4 buah rumah, 1 untuk duduk sendiri, dan 3 lagi untuk disewakan. Untung daripada sewa rumah tersebut buat bayar bulanan rumah yang anda duduk tersebut.
5. PASTIKAN REKOD CCRIS CANTIK.
Rekod CCRIS adalah satu rekod dari Bank Negara yang mengumpul senarai hutang-hutang kita dengan institusi kewangan di Malaysia. Untuk memudahkan anda sebelum buat keputusan membeli rumah, pastikan anda semak dulu rekod CCRIS anda. Nanti anda akan nampak senarai hutang anda dan disebelah kanan adalah tingkah laku bayaran bulanan anda. Kalau 0, bermakna rekod anda cantik. Anda memang seorang yang berdisipilin. Kalau 1, ini bermaksud ada 1 bulan tertunggak, begitu jugak 2,3,4 dan seterusnya.

6. BELI IKUT KEMAMPUAN.
Beli rumah ikut kemampuan. Jangan ikut nafsu. Mungkin kadang2 kita cepat terpengaruh dengan kawan-kawan yang beli rumah besar, kita pun nak beli rumah besar jugak. Loan mungkin boleh lulus.. tapi bila masuk bab bayaran bulanan, ianya sangat2 membebankan anda. Komitmen bulanan lebih tinggi daripada income yang anda dapat. Last-last, tertunggak! Jadi, untuk elakkan perkara ni berlaku, sebelum decide untuk membeli mana2 rumah, pastikan anda buat kiraan terlebih dahulu tentang kemampuan income bulanan anda untuk membayar rumah tersebut nanti ya!.

7. JANGAN NAMA TERLALU BERSIH DARI HUTANG.
Dari rekod ccris kita bank boleh menilai tingkah laku bayar balik pinjaman kita sebelum ni samada baik ataupun tidak. Jika nama kita bersih dari rekod ccris, iaitu dalam kata lain kita tidak pernah berhutang dengan bank, maka bank susah untuk menilai tingkah laku bayar balik pinjaman kita. Hal ini menyebabkan scoring atau markah penilaian bank terhadap kita jadi rendah atau terus fail bagi sesetengah bank.
jadi apa yang boleh anda lakukan adalah:
PERTAMA, Apply saja kad kredit dan guna. Cara guna kad kredit yang betul ialah, swipe di siang hari, dan malamnya terus bayar balik. Ini untuk mengelakkan anda terlupa untuk buat bayaran yang menyebabkan anda dikenakan interest.
KEDUA, Ini adalah antara cara terbaik iaitu apply pinjaman ASB. Dalam masa yang sama, ASB ini dapat membantu kita buat simpanan secara paksa. 🙂

Projek Perumahan Free Yuran Guaman di Ipoh, Perak.

Perak Tawar Lebih 20 Ribu Unit Mampu Milik Lengkap Fasiliti Elit.

Bandar Daunan Worldwide Bina Gaya Hidup Alam.

Apartment Fasiliti Kondo Di Puncak Alam (Bermula RM269k)

Buku Irfan Khairi: 9/10 Rezeki Perniagaan.

