
Pada hari ini, mungkin ada segelintir daripada kita di luar sana yang berpendapat, membeli rumah adalah sesuatu yang merugikan. Walaupun begitu, ramai juga yang sedar bahawa membeli rumah membawa banyak kebaikan tetapi mereka masih juga belum bertindak untuk membeli dan memiliki rumah.
Persoalannya, mengapa anda perlu membeli rumah sendiri?
1. Mendapat Ketenangan Fikiran

Dengan memiliki rumah sendiri, anda tidak perlu lagi memikirkan tentang harga sewa rumah dinaikkan oleh tuan rumah. Anda sentiasa tenang kerana anda cuma perlu fokus untuk membayar bayaran pinjaman bulanan pada kadar yang tetap kepada bank yang memberikan anda pinjaman perumahan tersebut.
Anda juga akan merasa tenang pada hari tua nanti kelak jika memiliki rumah kerana anda mempunyai tempat untuk tinggal dan dapat mengelakkan daripada ditempatkan di rumah-rumah kebajikan orang tua sekiranya anak-anak anda tidak berkemampuan untuk menyara anda.
2. Sebagai simbol kejayaan

Rumah itu adalah tanda pencapaian sebenar. Dengan membeli hartanah, anda telah pun mencapai satu tahap yang tinggi dalam hidup anda
Terdapat 3 kelas manusia dalam masyarakat berkaitan rumah:
Kelas 1 adalah mereka yang memiliki rumah. Semakin besar dan lebih menarik tempat tinggal, semakin besar gambaran kemakmuran yang mereka rancangkan.
Kelas 2 adalah mereka yang menyewa dan tidak mampu membeli rumah sendiri. Orang di kelas 2 bergantung kepada orang lain untuk berteduh.
Kelas 3 orang yang tidak membeli rumah dan tidak mampu menyewa. Contohnya, orang yang tidur atau tinggal di bawah jambatan, di tepi kaki lima atau di mana-mana sahaja. Mereka adalah simbol orang yang gagal atau belum berjaya dalam hidup.
Ramai orang menganggap kereta adalah simbol kejayaan, tapi hakikatnya, kereta adalah simbol kejayaan yang palsu kecuali untuk orang yang benar-benar kaya dan berjaya.
3. Meraih pendapatan lumayan melalui sewaan

Anda boleh mengubah rumah anda menjadi rumah sewa sekiranya anda memilikinya. Kini anda boleh mengawal kehidupan anda kerana anda mempunyai peluang untuk mendapat pendapatan melalui sewaan tersebut.
Pendapat secara pasif ini akan membantu meningkatkan duit simpanan anda untuk tujuan-tujuan yang baik seperti pelaburan, tabung kecemasan ataupun untuk menginfak ke jalan yang diredhai Allah SWT.
4. Rumah adalah aset yg sentiasa meningkat harganya dan membawa keuntungan bila dijual

Salah satu ciri hartanah seperti rumah ialah harganya selalu meningkat. Seperti yang kita semua ketahui, harga perumahan sentiasa meningkat, dan jika tepat pada masanya, anda boleh mendapat keuntungan dari proses jual beli rumah.
Keuntungan yang diperoleh dari penjualan rumah dapat digunakan untuk membeli rumah impian yang lebih besar dan lebih indah.
5. Sebagai cagaran yang selamat dan yang diterima oleh bank untuk mendapat pinjaman. (Over Draft/Personal Loan dan Sebagainya)

Dengan memiliki rumah sendiri juga, anda boleh gunakannya sebagai cagaran untuk mendapatkan pinjaman berbentuk Over Draft (OD) atau Personal Loan dan lain-lain dengan lebih mudah.
Anda boleh mendapat wang tunai daripada proses tersebut tanpa perlu menjual rumah anda tersebut. Ini adalah sesuatu yang anda tidak boleh lakukan jika anda tidak memiliki rumah sendiri.
6. Membina daya kreativiti

Anda bebas untuk mengubah suai rumah mengikut pilihan anda sendiri jika anda memiliki rumah sendiri, Anda bebas memilih reka bentuk pagar yang anda mahukan dan menambah dapur di bahagian belakang.
Untuk hiasan dalaman, anda boleh memilih jenis mozek yang anda suka, dan reka bentuk kertas dinding yang dapat meningkatkan mood ahli keluarga yang tinggal bersama di rumah anda.
Sekiranya anda hanya menyewa rumah, anda tidak boleh melakukannya. Sekiranya tuan tanah mengizinkan, anda akan menjadi orang yang rugi, dan tuan tanah akan mendapat keuntungan percuma dari proses pengubahsuaian yang anda lakukan.
7. Sebagai harta yang boleh diwariskan kepada anak-anak apabila telah sampai masanya.

Rumah adalah aset penting yang boleh diturunkan kepada anak -anak di masa hadapan.
Walaupun harta yang ditinggalkan tidak memastikan bahawa anak-anak kita akan hidup bahagia selamanya, ia memberi mereka peluang untuk hidup dengan baik tanpa harus bergantung pada niat baik orang lain.
Paling tidak, mereka mempunyai tempat untuk dipanggil rumah.

8. Membeli rumah adalah pelaburan yang terbaik berbanding pelaburan yang lain, seperti saham, emas, dan sebagainya

Selain pelaburan hartanah, terdapat banyak sektor pelaburan lain yang perlu dipertimbangkan, seperti pelaburan saham dan emas.
Walaupun demikian, pelabur khas dan berdedikasi menganggap hartanah sebagai salah satu jenis pelaburan yang paling bermanfaat, selamat dan menyeronokkan.
Rumah adalah salah satu produk dalam pelaburan harta tanah. Oleh itu, dengan memiliki rumah sendiri, anda sudah melakukan pelaburan hartanah yang menguntungkan, dan ia mempunyai banyak kelebihan sekiranya anda melakukannya dengan betul.

Membeli rumah adalah pengalaman yang menggembirakan. Anda akan gembira apabila anda membelinya. Sekiranya anda menetapkan objektif dan berusaha mencapai tujuan tersebut, anda mampu membeli rumah anda sendiri. InsyaAllah, pada suatu hari anda akan dapat memiliki kediaman anda sendiri.

