Tips Beli Rumah Pertama – Part 1

      No Comments on Tips Beli Rumah Pertama – Part 1

Hai, Salam Sejahtera semua… 🙂

Bagi anda yang tengah plan atau sedang berangan-angan untuk beli RUMAH PERTAMA, jom wahida nak bantu anda berikan Tips-tips penting yang patut anda pertimbangkan untuk membeli RUMAH PERTAMA anda. Tapi wahida akan huraikan satu per satu dalam siri yang berbeza supaya lebih ringan untuk anda fahamkan.

Tips yang wahida nak kongsikan kepada u all ni sebahagian besarnya anda dah boleh start untuk merancang ye..bukan masa nak apply loan rumah nanti baru buat.

Seperti yang anda tahu, segala keputusan dalam HARTANAH ni adalah melibatkan keputusan KEWANGAN..Jadinya untuk tips yang PERTAMA ni ofcourse lah ia melibatkan kewangan. Buatlah macam mana pun, bab KEWANGAN tetap no 1 memang tak boleh nak elak dah..huhu.

TIPS 1 : KENALPASTI KEMAMPUAN KEWANGAN ANDA.

Sebenarnya kalau anda ada FORMULA URUS GAJI, mudah je untuk anda kenalpasti KEMAMPUAN KEWANGAN anda sebelum beli RUMAH ni. Tapi wahida pasti bahawa hampir kebanyakan anda tak ada formula tersebut kan..?

sebabtu statistik terbaru, 75% rakyat Malaysia Tiada langsung simpanan walaupun RM1000 dan ramai yang dibebani HUTANG yang banyak. Sebab utamanya adalah tak ada FORMULA untuk URUS PENDAPATAN dengan betul.

Dalam Formula urus gaji yang betul, anda kena agihkan pendapatan anda seperti berikut:

10% – Perlu buat simpanan untuk perlindungan. Sebab 10% yang kita agihkan ke dalam tabung TAKAFUL sebagai PERLINDUNGAN ni amat membantu kita untuk teruskan komitmen dan sara hidup dalam keadaan kita HILANG PENDAPATAN akibat SAKIT KRITIKAL dan CACAT KEKAL. Sebenarnya 10% ni lah untuk kita KUKUHKAN TAPAK KEWANGAN kita..if anything happen, kita ada backup untuk support kita dari segi KEWANGAN. Kalau beli rumah yang kita kategorikan sebagai PELABURAN adalah di bahagian BUMBUNG. Tapi kalau nak bina bumbung, TAPAKNYA tak ada, aduh bahaya sangat..

Siapa boleh bantu settlekan HUTANG rumah kita nanti kalau tak ada takaful? Sebaiknya jangan bebankan waris dengan baki HUTANG dan tinggalkan DANA PELUPUSAN HUTANG kepada mereka supaya mereka boleh lupuskan baki hutang sekiranya kita meninggal nanti..Part ni dah boleh buat dari sekarang tau..sebab kalau lambat anda mula mencarum dalam TAKAFUL, rugi sangat sebab bulanan makin mahal..kalau ditakdirkan dah ada sakit nanti, lagi sayang..dah tak boleh mencarum dah.

KLIK SINI UNTUK SIMPANAN TAKAFUL.

20% – Buat SIMPANAN ke dalam platform pelaburan yang lebih selamat dan tidak mengganggu principle, seperti ASB dan Tabung Haji. Platform pelaburan lain adalah seperti unit trust, emas, saham dan lain-lain yang ada ciri-ciri pulangan dividen dan kenaikan nilai. Tujuan minimum 20% ini adalah untuk kita create PETI KECEMASAN dan sebaik-baiknya perlu cukupkan minimum 6 bulan atau setahun jumlah PENDAPATAN BERSIH. Ia juga akan membantu kita untuk PERSARAAN nanti.

KLIK SINI UNTUK SIMPANAN ASB.

70% – Hanya 70% sahaja daripada pendapatan bersih yang kita boleh gunakan untuk berbelanjaan seperti makan minum, bil, sewa rumah dan sebagainya..dan termasuk juga komitmen hutang bulaan seperti kereta, rumah nanti dan hutang-hutang lain.

Jadi dari pecahan inilah kita boleh ukur dan kenalpasti tentang KEMAMPUAN Harga rumah yang sesuai untuk kita beli supaya bulanan yang perlu kita bayar nanti dalam keaadan yang SELESA dan tidak MEMBEBANKAN.

Sekiranya anda perlukan FREE one to one coaching bersama saya untuk susun kewangan anda sebelum membeli RUMAH PERTAMA, boleh book tarikh zoom appointment anda DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *