Sistem IBS Di Malaysia serta Kelebihannya.

Penggunaan Sistem Bangunan Perindustrian (IBS) dalam sesebuah pembangunan hartanah adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti, mengurangkan kos binaan dan mempercepatkan masa binaan, memudahkan pengurusan dan keselamatan di lokasi, serta ia dapat mengurangkan kesan persekitaran industri pembinaan.

Sistem IBS di Malaysia kini semakin mendapat perhatian dan popular dalam kalangan pemaju. Sistem IBS ini adalah pemasangan bahagian-bahagian bangunan yang telah siap dibuat dari kilang. Ibarat seperti mencantumkan set lego yang sangat mahal!.

Sistem IBS bukan sekadar membina blok perumahan yang lengkap, malah sistem ini turut mewujudkan kecekapan yang lebih baik dengan membina sebahagian pembangunan perumahan dengan cara yang teratur dari kilang.

Istilah yang sering disebut seperti “rumah pasang siap atau rumah pasang” adalah perkataan sama yang mengambarkan sistem IBS di Malaysia.

Dalam sistem ibs, sebahagian binaan yang dibuat adalah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dari kilang, kemudian ia dipasang pada titik pembinaan yang telah ditetapkan. Ini termasuklah dinding, siling dan keseluruhan unit kediaman tersebut.

Di Malaysia, penggunaan sistem IBS ini masih perlahan berbanding Negara-negara lain yang telah menggunakan sistem ini secara meluas. Di Eropah hampir 80% kediaman menggunakan sistem ini. Begitu juga di China dan seluruh rantau Asia Pasifik.

KELEBIHAN PENGGUNAAN SISTEM IBS:

  • Meningkatkan kualiti.
  • Kurangkan kos.
  • Menjimatkan keperluan tenaga kerja asing.
  • Mempercepat garis masa pembinaan.
  • Memudahkan pengurusan dan keselamatan di lokasi.
  • Mengurangkan kesan persekitaran industri pembinaan.

Sistem IBS dilihat mampu memendekkan garis masa dan mengurangkan tenaga buruh asing.

SEMAK LOKASI DI SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *