Rumah Lelong Meningkat – Ini 5 Solusi Untuk Elak Hartanah Anda Dilelong!

Baru-baru ini kalau anda perasan, keluar lagi laporan berkenaan tajuk Kes Rumah Lelong Meningkat. Jadi artikel saya minggu ini saya nak kupas details sikit tentang PUNCA kes ini berlaku dan apa SOLUSI yang kita boleh ambil sebagai persediaan.

Sekiranya anda adalah seorang Pemilik Hartanah atau belum memiliki dan merancang untuk membeli RUMAH PERTAMA, penting sangat untuk anda ambil tahu supaya anda ada ILMU untuk BERTINDAK awal sebelum perkara tidak diingini berlaku.

Untuk makluman anda, Kes RUMAH LELONG berlaku adalah kerana peminjam terpaksa berhadapan dengan RISIKO! Risiko ni ada pelbagai, tetapi dalam konteks pembelian hartanah ada 5 RISIKO kewangan yang PASTI berlaku dan yang mungkin berlaku yang kita perlu BERSEDIA daripada awal.

5 Risiko kewangan ini adalah :

  1. Kena buang kerja (mungkin berlaku)
  2. Meninggal (pasti berlaku)
  3. Cacat Kekal (mungkin berlaku)
  4. Sakit Kritikal (mungkin berlaku)
  5. Masuk Hospital (mungkin berlaku)

Beli RUMAH bukan sekadar beli..sebab RUMAH tu kan masih HUTANG, jadi sebagai peminjam yang perlu menanggung bayar balik pinjaman sehingga 35 Tahun, kenalah ada PERANCANGAN KEWANGAN…betul tak? sebab dalam tempoh 35 Tahun tu pelbagai KEMUNGKINAN boleh berlaku.

Kajian juga menunjukkan 70% dari jumlah rumah kena lelong setiap bulan adalah PESAKIT KRITIKAL..Inilah isunya kenapa kes RUMAH LELONG MENINGKAT adalah kerana ramai yang tiada PERSEDIAAN. maka bila terpaksa berhadapan salah satu RISIKO tersebut, tak mampu nak teruskan bayar balik pinjaman maka sudah pastilah pihak Bank akan LELONG rumah kediaman tersebut kerana rumah tersebut sebenarnya masih MILIK BANK kan..

Ya, Tiada siapa yang nakkan RISIKO tersebut..tetapi kalau ia datang, kita tak boleh nak ELAK melainkan sekiranya kita sudah ada PERSEDIAAN. Maka kita dapat hadapi RISIKO tersebut dengan lebih TENANG dan dapat kurangkan TEKANAN dan BEBANAN kepada diri dan keluarga.

Bulan lepas dalam seminar kami yang bertajuk MRTT dan MLTT, kami ada bawakan seorang Pensyarah yang sudah setahun kehilangan suami, di mana Suaminya meninggalkan Hartanah yang bernilai lebih 2 Juta. Dengan simpanan 1JUTA yang ditinggalkan oleh arwah suami pun, masih tidak cukup..kerana harta yang ditinggalkan akan DIBEKUKAN untuk melalui proses FARAID dan sebagainya..So bayangkan bagaimana agaknya jika kita tinggalkan waris kita tanpa ada apa-apa SIMPANAN?

Maka sebab itu, orang yang BIJAK akan buat PERANCANGAN dan PERSEDIAAN..

setiap masalah pasti ada SOLUSInya..jadi di bawah saya kongsikan kepada anda solusi kepada 5 RISIKO KEWANGAN tadi.

SOLUSI 1 : KENA BUANG KERJA

  • Mulakan simpanan 20% Minimum daripada gaji bersih anda. Simpanan ini anda perlu laburkan ke dalam platform-platform pelaburan yang SELAMAT yang tidak mengganggu principle simpanan anda, seperti ASB dan Tabung Haji. Janganlah anda laburkan dalam SAHAM yang banyak RISIKO kalau anda kurang ILMU tentang saham, bertambah RISIKO anda nanti..Jadi Anda perlu pastikan sekurang-kurangnya anda sudah BERJAYA membuat simpanan 6 BULAN GAJI. Sekiranya anda terpaksa berhadapan Risiko Kena buang kerja nanti, at least anda adalah masa untuk cari income baru.

SOLUSI 2 : KEMATIAN

  • Yang ini penting sangat, jangan lah anda pandang RINGAN sebab bab HUTANG tak dapat SETTLE selepas kematian ni adalah amat BERAT sekali. Dalam hadis pun sangat JELAS ceritakan tentang HUTANG ni. Sebagai pembeli hartanah, saya rasa ramai yang maklum bahawa anda sudah ada perlindungan TAKAFUL MRTT dalam pembiayaan hartanah anda kan..Walaupun dalam MRTT dah cover kematian dan cacat kekal, tapi anda kena hati-hati..sebab ramai sangat yang saya jumpa tak dapat coverage MRTT penuh pun.sekiranya MRTT dalam pembiayaan hartanah anda tak dapat penuh, buatlah persediaan melalui HIBAH TAKAFUL untuk tujuan PELUPUSAN HUTANG tersebut.

Anda boleh baca lebih lanjut tentang HEBATNYA PERANAN HIBAH TAKAFUL DI SINI.

SOLUSI 3 : CACAT KEKAL

  • Walaupun anda dah ada MRTT yang cover cacat kekal, tapi macam yang saya cakapkan tadi anda kena SEMAK!. Nama je ada MRTT tapi cover tak sampai 35 tahun..beli rumah 500k, mrtt cover 100k je..so please jangan rasa selesa bila dah ada MRTT. anda kena cek betul2 dalam Letter Offer anda. sekiranya memang anda tak dapat cover MRTT penuh, Maka HIBAH TAKAFUL sahaja alternative terbaik yang boleh anda ambil untuk BERSEDIA.

SOLUSI 4 : SAKIT KRITIKAL

  • Anda tahu tak bahawa MRTT dalam pembiayaan hartanah tersebut langsung TAK COVER anda sekiranya terpaksa berhadapan dengan sakit kritikal? sebab itulah kenapa statistik menunjukkan rumah dilelong sebab sakit krtikal paling tinggi. so mulakanlah SIMPANAN ke dalam tabung HIBAH TAKAFUL yang ada coverage untuk SAKIT KRITIKAL. Tapi Janganlah anda main sign up je, kena faham tujuan dan pastikan plan takaful yang anda ambil adalah SESUAI..Untuk dapatkan Plan yang sesuai, anda boleh RUJUK DI SINI.

SOLUSI 5 : KEMASUKAN KE HOSPITAL

  • solusi terakhir ni sebenarnya saya tak risau sangat sebab kita masih ada pilihan ke hospitak kerajaan kan.. Jadi walaupun anda tiada simpanan yang banyak, sekurang-kurangya anda boleh ke Hospital Kerajaan. Tetapi jika anda nak ke hospital swasta dan nak lindung simpanan anda dari habis digunakan oleh kos rawatan, boleh ambil Medical Card..Tetapi nasihat saya di sini jangan lah anda utamakan MEDICAL CARD daripada Hibah takaful pula, sebab sekiranya kita sakit atau meninggal, tiada siapa akan bagi WANG kepada kita untuk settlekan HUTANG, melainkan pampasan HIBAH TAKAFUL sahaja yang kita atau waris kita akan terima ketika itu sebagai PELUPUSAN HUTANG dan PENGGANTIAN PENDAPATAN.

Anda boleh baca lebih lanjut tentang HEBATNYA PERANAN HIBAH TAKAFUL DI SINI.

Semoga perkongsian ini memberi MANFAAT kepada anda dan jom kita kongsikan untuk manfaat bersama. 🙂

Salam Dari Saya,

-Alwahida Ismail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *