
Seperti yang telah kita maklum keadaan ekonomi sekarang yang masih dalam fasa pemulihan akibat wabak Covid-19, namun saya secara peribadi melihat permintaan hartanah selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semakin meningkat oleh kerana menerima permintaan yang agak memberansangkan sejak julai 2020.
peningkatan permintaan ini juga bergantung kepada lokasi dan kemudahan yang ada di sekitar kawasan projek perumahan tersebut.
Dalam petikan Bernama juga ada menyebut, Minat pembelian hartanah pada separuh kedua 2020 meningkat kepada 53 peratus daripada 47 peratus pada separuh pertama.
permintaan yang meningkat terhadap pasaran hartanah merujuk kepada beberapa faktor yang jelas merangkumi kadar faedah rendah, potongan dan pengecualian duti setem yang mereka boleh nikmati menerusi Kempen Pemilikan Rumah (HOC) yang sedang berlangsung sekarang sehingga separuh pertama 2021.
Melalui sumber bernama pada 16 Julai 2020, Pengurus Negara bagi Malaysia, Sheldon Fernandez, berkata “Oleh itu, walaupun wujud peluang pembelian sehingga separuh pertama tahun depan (dengan HOC berlangsung sehingga 31 Mei 2021), kita mungkin melihat petunjuk lebih jelas dan kukuh pada 2021,” katanya.
