
Dalam Panduan Beli rumah pertama kali ini, saya nak bagi formula yang boleh membantu anda membuat kiraan sendiri tentang ansuran bulanan bagi setiap harga rumah yang diiklankan, supaya anda dapat membuat anggaran sendiri kelayakan anda dengan harga kediaman tersebut sebelum anda melangkah ke peringkat permohonan.

Sekiranya anda sedang mencari rumah pertama dan ternampak iklan serta harga rumah yang diiklankan samada di pasaraya, online atau mana-mana platform sekalipun, dan bagaimana untuk anda tahu berapa anggaran bulanan rumah tersebut, maka anda boleh gunakan formula ini.
HARGA RUMAH / 200
Contoh anda ternampak iklan di facebook harga rumah itu adalah RM350,000. anda boleh kira anggaran ansuran bulanan rumah tersebut menggunakan formula tadi.
RM350,000 / 200 = RM1750
RM1,750 itu adalah anggaran kasar ansuran bulanan kediaman tersebut.
Jadi jika anda sedang berkira-kira untuk beli rumah pertama, Nasihat saya ansuran bulanan yang baik adalah kurang dari 35% gaji kita. jika gaji kita RM5000 x 35% maka ansuran kediaman yang ideal untuk kita adalah RM1,750.

Beli lah rumah pertama yang sesuai dengan gaji supaya kita tidak terbeban dan dapat mengelak daripada menghadapi masalah bayar balik ansuran bulanan rumah pertama kita.
DAPAT SESUATU? SILA TEKAN BUTANG SHARE DI BAWAH ☟