Haram Menggunakan Semua Harta Arwah Pasangan.

Salam Semua,

Dalam posting kali ini saya nak kongsikan tentang salah anggap ramai dalam kalangan Masyarat tentang pemilikan Harta pasangan setelah dia meninggal Dunia. Sebenarnya topik ini agak panjang untuk saya kongsikan di sini, oleh itu disebabkan saya seorang Property Advisor dan Penasihat Pengurusan Risiko Kewangan, maka wahida akan khususkan tentang pemilikan HARTANAH sahaja.

Sekiranya anda atau pasangan anda telah membeli hartanah, atau mungkin anda membuat pembiayaan hartanah bersama, anda perlu tahu HAK anda selepas kematian pasangan. HARAM jika anda mengambil kesemua harta arwah sekiranya pewaris tak Redho. Kerana dalam harta tersebut ada hak orang lain yang perlu anda agihkan, iaitu waris-waris faraid yang layak.

Walaupun mungkin anda perlukan dana ketika itu untuk teruskan bayar balik pinjaman rumah tersebut, namun anda tetap tidak boleh menggunakan harta arwah kerana ia akan DIBEKUKAN untuk proses FARAID. Ramai yang salah anggap bila pasangannya meninggal, semua harta yang ditinggalkan akan jadi hak dia dan boleh diguna. Tetapi hakikatnya tidak.

Jika suami atau isteri meninggal dunia dan meninggalkan harta termasuklah simpanan, kwsp, rumah dan lain-lain tanpa membuat wasiat atau tanpa menghibahkan hartanya semasa hidup, maka semua harta-harta yang halal yang ditinggalkan adalah merupakan harta pusaka yang akan diwarisi oleh suami atau isteri dan waris-waris lain mengikut hukum faraid. Kesemua harta tersebut akan DIBEKUKAN sehingga proses faraid selesai barulah boleh anda gunakan.

Tetapi dalam konteks hartanah, sekiranya rumah tersebut belum selesai baki hutang, maka ia tetap tidak boleh dihibahkan pun sebab bukan MILIK dia lagi rumah tu.

Jadi, Kebimbangan saya di sini apabila harta pasangan telah dibeku dan tidak dapat digunakan, maka adakah anda atau pasangan anda yang ditinggalkan MAMPU untuk meneruskan bayar balik pinjaman rumah, komitmen bulanan dengan anak-anak dan kos sara hidup yang lain?

saya percaya pasti ia sangat MEMBEBANKAN, kerana Ramai yang saya consult setuju bahawa mereka pasti akan TERBEBAN kerana 70% rakyat Malaysia langsung tiada SIMPANAN walaupun RM1,000

Boleh tak anda bayangkan bagaimana keadaan kita atau waris kita ketika saat itu? Jadi apakah PERSEDIAAN kita?

Untuk makluman anda, Setelah urusan faraid selesai.., rumah yang ditinggalkan oleh suami atau isteri tadi perlu diagihkan mengikut bahagian faraid yang telah ditetapkan. Agihan tersebut adalah berdasarkan kepada nilai HARTANAH semasa.

Sekiranya nilai hartanah anda atau pasangan yang ditinggalkan ketika itu bernilai SETENGAH JUTA, maka bahagian yang perlu diagihkan adalah berdasarkan kepada SETENGAH JUTA tersebut.

Walaubagaimanapun, jika waris faraid yang LAYAK tadi menghadiahkan sahaja bahagian mereka kepada anda, Maka Syukur Alhamduillah..tetapi boleh bayangkan tak sekiranya mereka menuntut bahagian mereka? Memang banyak kes sebegini terjadi betul tak?

Adakah cukup SIMPANAN anda untuk membayar sekaligus nilai yang sepatutnya kepada waris faraid tadi?

sekiranya tiada simpanan yang cukup, solusi terakhir anda ketika itu adalah RUMAH TERPAKSA DIJUAL supaya bahagian waris faraid tadi dapat dibayar. Sayang tak rumah yang telah penat-penat kita beli akhirnya pasangan atau kita sendiri terpaksa jual..?

Apa pula nasib pasangan dan anak-anak yang ditinggalkan? Jadi saya ingin bertanyakan kepada anda, apakah PERSEDIAAN anda sekiranya terpaksa berhadapan situasi sebegini?

Sekiranya anda belum ada apa-apa persediaan, anda boleh lihat SOLUSINYA DI SINI!.

PS: Jika anda perlukan FREE PRIVATE COACHING bersama saya untuk BANTU anda merancang dan membuat persediaan yang baik untuk menghadapi situasi sebegini, boleh hubungi saya DI SINI.

Salam Dari Saya,

-Alwahida Ismail.

Penasihat Hartanah & Pengurusan Risiko Kewangan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *