Pendapatan tambahan adalah pendapatan yang anda perolehi selain daripada pekerjaan utama anda. Dengan menjana pendapatan tambahan, anda boleh mengubah kehidupan anda sepenuhnya. Anda dapat melunaskan hutang, membeli barang-barang yang anda inginkan, serta banyak lagi dengan mempelajari banyak cara untuk menjana wang.

Walau bagaimanapun, tidak banyak orang yang mempunyai pekerjaan sampingan, dan ada yang tidak melihat cara untuk menjana pendapatan tambahan. Ada yang berpendapat bahawa ianya sukar bagi mereka.
Berikut adalah 6 cara untuk menjana pendapatan tambahan :
1. Bekerja sebagai ‘freelancer’

Freelance ini ditafsirkan sebagai seseorang yang bekerja di atas usaha sendiri dengan cara berdikari dan tidak terikat komitmen dengan mana-mana majikan.
Terdapat banyak laman sesawang tempatan dan antarabangsa yang menawarkan peluang pekerjaan secara freelance.
Bergantung kepada kepakaran anda, projek-projek yang disediakan kadangkala mungkin kecil, namun bayaran yang ditawarkan adalah lumayan.
Antara platform yang boleh anda lawati untuk mencari projek-projek tersebut adalah seperti Fiverr, Freelancer.com dan Upwork.com
2. Menjual barangan terpakai
Anda mungkin mempunyai buku-buku, peralatan senaman, mahupun perabot dan perhiasan rumah yang tidak mahu digunakan lagi tetapi masih berfungsi.

Tahukah anda bahawa anda boleh menjual semua barangan tersebut secara online?
Terdapat beberapa laman web yang boleh anda gunakan untuk mengiklankan barang-barang anda. Antara laman web yang boleh anda gunakan adalah Mudah, Carousell, ataupun eBay.
Dengan menjual barangan tersebut, anda boleh menjana pendapatan tambahan untuk diri anda.
3. Menyediakan perkhidmatan sewa
Jika anda mempunyai sebarang aset tambahan seperti rumah atau bilik, anda boleh meraih pendapatan tambahan dengan menyediakan perkhidmatan sewa untuk jangka masa yang singkat.

Terdapat beberapa laman web yang membolehkan anda melaksanakan tujuan ini seperti AirBnB, iProperty, dan banyak lagi.
Dengan cara ini, anda boleh menjana pendapatan pasif dan memanfaatkannya untuk kebaikan diri anda.
4. Menjadi seorang tutor
Anda masih mempunyai kemahiran yang anda ceburi di zaman persekolahan maupun kolej?

Anda boleh memanfaatkannya dengan menjadi seorang tutor berbayar dan mengajar subjek-subjek yang anda mahir kerana masih ramai pelajar-pelajar di luar sana yang memerlukan bantuan anda.
Sebagai permulaan, anda boleh mengajarkannya kepada kenalan anda dengan caj yang rendah.
Selain itu, anda juga boleh melayari laman web TeachMe untuk menyediakan perkhidmatan tuisyen secara online.

5. Memanfaatkan hobi anda
Berdasarkan hobi anda, anda boleh menukarkannya menjadi sumber pendapatan.

Sebagai contoh, sekiranya anda seorang yang minat memasak, menghias, bertukang dan sebagainya, anda boleh menjual produk yang anda hasilkan, ataupun mengajarkannya kepada sesiapa yang berminat dengan caj yang bersesuaian.
6. Menulis blog
Kadangkala, anda boleh menjana pendapatan secara online dengan hanya semudah menulis tentang perkara yang anda minat serta mengkaji strategi untuk mempromosikan karya anda.

Anda boleh menerbitkan artikel-artikel yang berkualiti tinggi dengan menggunakan apa sahaja tajuk yang anda ingini contohnya seperti fotografi, sukan, teknologi, ataupun pertanian.

Kebanyakan cadangan-cadangan di atas juga boleh menjadi pilihan bagi anda melegakan tekanan diluar waktu kerja. Sebaik sahaja anda berjaya mengimbangi keperluan kedua-dua kerjaya, anda akan dapat lebih kebebasan dalam mengawal kestabilan kewangan anda.

