2 TUJUAN PALING UTAMA HIBAH TAKAFUL.

      No Comments on 2 TUJUAN PALING UTAMA HIBAH TAKAFUL.

Hi Assalammualaikum, pernah atau selalu tak anda ditanya “dah signup HIBAH TAKAFUL?”

Wahida rasa dalam kalangan anda pasti pernah diaju soalan ni kan? Kadang ada yang jawab “DAH!”, ada juga yang tanya semula “Apa tu HIbah Takaful?”..

Yang jawab “DAH!” tu pun ramai je yang tak faham fungsi sebenar HIBAH TAKAFUL..main signup je kan..bila ditanya apa yang cover, dan berapa banyak coverage tu?

Ramai yang tak boleh jawab…

Jangan lah macamtu, kalau anda nak signup TAKAFUL kena faham fungsi dan tujuan. Bukan main signup je..supaya anda tak bayar SIA-SIA tanpa TUJUAN…

Ok, di sini Wahida nak anda FAHAM betul-betul apa sebenarnya 2 FUNGSI utama HIBAH TAKAFUL ni.

Sebelum tu untuk makluman anda, HIBAH TAKAFUL ni adalah LIFE TAKAFUL lah..atau dalam konteks HARTANAH, kita akan sebut MLTT..benda yang sama je semua tu sebenarnya..kita akan guna produk yang sama sahaja dan TUJUANnya pun sama sahaja..

2 FUNGSI UTAMA HIBAH TAKAFUL ADALAH:

TUJUAN PERTAMA : DANA PELUPUSAN HUTANG.

Hanya dari life takaful/hibah takaful sahaja alternatif yang kita ada untuk standby TUNAI SEGERA selepas kematian kepada waris supaya waris dapat bantu kita LUPUSKAN semua BAKI HUTANG yang kita tinggalkan. Sekiranya ada baki, boleh la waris gunakan untuk kelangsungan hidup. Sebab Segala ASET lain yang kita ada samada simpanan, kwsp, rumah, kereta dan lain-lain semua akan DIBEKUKAN untuk proses FARAID.

kalau waris tak boleh takbir aset yang kita tinggalkan tu dengan baik, maka rugilah HARTA dan KEKAYAAN kita TERGANTUNG macamtu je waris tak boleh guna dan tak dapat diMANFAATKAN pun..sekarang ni dah 90 BILLION harta DIBEKUKAN. kalau lah harta tu dapat DIMANFAATKAN, pahala jariah kita di sana pun InsyaAllah berpanjangan.

Untuk makluman anda, Hanya Pampasan TUNAI HIBAH TAKAFUL sahaja yang terus diberi kepada penerima tanpa melalui proses FARAID dan TIDAK DIBEKUKAN. Waris faraid pun tak boleh tuntut. Jadi daripada kita hanya FOKUS kumpul HARTA yang pastinya akan DIBEKUKAN, better kita agihkan sikit simpanan tu ke dalam TABUNG TAKAFUL. Cepat sikit waris kita boleh guna.

MANFAAT HIBAH TAKAFUL ni untuk keluarga dan diri kita juga. Dan lebih untung lagi kalau anda pembayar CUKAI, RM3,000 setahun PELEPASAN CUKAI yang anda boleh dapat!.So lagi lah RUGI kalau tak mencarum takaful, tapi kena bayar CUKAI..

Pembeli Hartanah pun ramai tak dapat coverage FULL MRTT, so kalau meninggal takkan kita nak bebankan waris dengan baki hutang tersebut? Dah la meninggal hutang banyak tak settle, kemudian membebankan pula waris..Jadi nasihat wahida di sini, kurangkanlah apa-apa2 perbelanjaan yang bukan KEPERLUAN tu supaya ada sedikit KEMAMPUAN untuk mencarum dalam HIBAH TAKAFUL sebagai usaha kita MELUPUSAKAN BAKI HUTANG rumah tersebut.

Rakyat Malaysia sekarang ni 75% banyak HUTANG dan TIADA SIMPANAN walaupun 1RIBU RINGGIT. Jadinya, gunakanlah alternatif HIBAH TAKAFUL ni untuk MENYIMPAN setiap bulan supaya kita boleh tinggalkan TUNAI ratusan atau jutaan ringgit kepada keluarga dengan usaha dan niat untuk MELUPUSKAN semua hutang kita.

Sebenarnya sediakan DANA PELUPUSAN HUTANG ni bukan PILIHAN, tapi KEWAJIPAN kita sebagai seorang MUSLIM..Orang Meninggal Syahid pun kalau HUTANG TAK SETTLE, tak bau SYURGA..so nak ke kita meninggal tak bau Syurga? Nauzubillahiminzalik..

Maka, sebagai seorang Muslim usahakan settlekan hutang sebelum dan selepas KEMATIAN dengan bantuan HIBAH TAKAFUL.

TUJUAN KEDUA : DANA PENGGANTIAN PENDAPATAN.

Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat sekarang ni, anda boleh bayang tak bagaimana anda boleh SURVIVE sekiranya anda HILANG PENDAPATAN akibat CACAT KEKAL dan SAKIT KRITIKAL?

Kalau PENDAPATAN BERSIH anda habiskan semua kepada PERBELANJAAN, dan tak allocatekan sikit pun untuk SIMPAN dan LINDUNG, maka siapa akan TANGGUNG perbelanjaan dan kos sara hidup anda sekiranya anda terpaksa berhadapan RISIKO SAKIT DAN CACAT KEKAL?

Jika diberi UJIAN tersebut, biarlah kita SAKIT dalam keadaan BERDUIT dari SAKIT TAK BERDUIT, dua kali sakit jadinya nanti..betul tak?

kes kemalangan MAUT yang melibatkan rider yang sedang keluar mencari NAFKAH baru-baru ni, boleh bayangkan tak bagaimana keadaan keluarga yang ditinggalkan kalau rider tu ada caruman HIBAH TAKAFUL? walaupun si isteri dah HILANG Pencari rezeki utama dalam keluarga, TUNAI SEGERA dari HIBAH TAKAFUL lah yang akan menjadi PENGGANTIAN PENDAPATAN untuk mereka teruskan kehidupan.

Wahida tak minta untuk anda setuju, tapi cuba fikirkan…

Bagi anda yang membeli HARTANAH pula, samada dengan pembiayaan BANK atau LPPSA, anda tahu tak yang MRTT dalam pembiayaan hartanah anda langsung TAK COVER SAKIT KRITIKAL?

Bagaimana kalau anda terpaksa kena MEDICAL BOARD dan tak boleh bekerja lagi? Cukup tak SIMPANAN anda sekarang untuk teruskan BAYAR BALIK PINJAMAN RUMAH tersebut? sekiranya CUKUP, berapa tahun je boleh BERTAHAN?

Kebimbangan Wahida sekarang kes RUMAH KENA LELONG meningkat setiap bulan, 70% adalah disebabkan SAKIT KRITIKAL..sebabtu semua client hartanah, wahida sarankan sangat untuk ambil HIBAH TAKAFUL. Banker non muslim pun sarankan kita ambil, sebab dioarang tahu RISIKO tu..

Jadi jangan ambil mudah. Kalau dah HILANG PENDAPATAN, macam mana nak teruskan bayar balik rumah tu? Kos perubatan dan perbelanjaan sara hidup pun tinggi..Allahu.

Jadi sebabtu kalau anda belajar PENGURUSAN KEWANGAN bagaimana kita nak susun kewangan kita untuk capai KEBEBASAN KEWANGAN, dia dah ajar kita untuk agihkan PENDAPATAN BERSIH kita tu kepada 4 Kuadran, iaitu:

10% Maksima – SIMPAN DAN LINDUNG (Mencarum Takaful)

20% Minima – SIMPAN DAN LABUR (Asb, TH, Hartanah, Emas, Unit Trust,dll..)

60% Maksima – Belanja dan bayar komitmen

10% Maksima – Reward Diri.

So gunakan FORMULA ni sebagai PANDUAN, jangan gunakan semua untuk BELANJA sahaja sebab apa yang kita belanjakan tu akan HANGUS dan langsung TAK MEMBANTU ketika kita berada dalam RISIKO nanti. Dan jangan pula terlalu OBSES KUMPUL HARTA dengan MENYIMPAN je, sebab harta kita semua kena BEKU..jadi kalau lambat selesai proses FARAID, kesian waris yang kita tinggalkan tu tak ada MODAL TUNAI untuk mereka survive.

So, kalau kita ikut FORMULA URUS GAJI ni InsyaAllah kita akan dapat lalui kehidupan yang lebih TENANG, Dunia dan Akhirat.

Bagi anda yang perlukan maklumat lanjut berkenaan HIBAH TAKAFUL untuk persediaan DANA PELUPUSAN HUTANG dan PENGGANTIAN PENDAPATAN, boleh KLIK DI SINI!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *