15 Orang Terkaya Di Malaysia (Bahagian 1)

      No Comments on 15 Orang Terkaya Di Malaysia (Bahagian 1)

Forbes mengeluarkan senarai jutawan dunia melalui laporan berjudul, ‘Forbes Billionaires 2021: The Richest People in the World’.

Sebanyak 2,755 bilionair disenaraikan tahun ini dengan nilai kekayaan keseluruhan AS $ 13.1 trilion (RM53.9 trilion).

Dari jumlah itu, 15 daripadanya adalah usahawan dari Malaysia yang menceburkan diri dalam pelbagai bidang perniagaan.

  1. Tan Sri Quek Leng Chan (RM 40 bilion)

Pengerusi Eksekutif Hong Leong Group Malaysia yang berusia 79 tahun mempunyai kekayaan AS $ 9.7 bilion (RM40 bilion).

Dia kini berada di kedudukan ke-234 dalam senarai Billionaires Dunia 2021 yang dikeluarkan oleh Forbes baru-baru ini.

Kekayaan yang dimiliki sebagai hasil perniagaan dalam bidang perbankan dan harta tanah yang diwarisi daripada bapanya juga secara tidak langsung menjadikannya sebagai jutawan nombor satu Malaysia.

2. Tan Sri Ananda Krishnan (RM 23.9 bilion)

Jutawan Malaysia Ananda Krishnan adalah antara lelaki terkaya di negara ini dan orang terkaya ke-476 di dunia dengan jumlah kekayaan AS $ 5.8 bilion (RM23.9 bilion).

Kerajaan perniagaannya merangkumi telekomunikasi, media, minyak dan gas serta pelaburan dan ia dianggarkan bernilai lebih dari AS $ 5 bilion.

3. Tan Sri Teh Hong Piow (RM 23.5 bilion)

Pengasas / Pengerusi Public Bank Berhad menceburkan diri dalam dunia perbankan pada tahun 1966 setelah meninggalkan jawatan sebagai Pengurus Besar di Malayan Banking Berhad.

Pada usia 91 tahun, namanya menduduki tempat ke-486 dalam senarai Billionaires Dunia 2021 dengan kekayaan AS $ 57 bilion (RM23.5 bilion).


4. Datuk Lee Yeow Chor (RM 20.9 bilion)

Pengarah Urusan Kumpulan IOI Group ini berjaya meletakkan namanya di tempat ke-550 dalam senarai World Billionaires 2021.

Dia dan abangnya memiliki kekayaan tersebut hasil kejayaan kerajaan perniagaan ayahnya, Lee Shin Cheng.

Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1969 dan terkenal kerana terlibat dalam perniagaan minyak sawit, harta tanah dan bahan kimia.

5. Tan Sri Koon Poh Keong (RM 16.4 bilion)

Ketua Pegawai Eksekutif Press Metal berusia 59 tahun ini telah berada di kedudukan ke-727 dalam senarai Billionaires Dunia 2021.

Kekayaannya tahun ini dianggarkan bernilai AS $ 4 bilion (RM16 bilion) dari hasil perniagaan aluminiumnya.

Syarikat yang dibangunkan pada tahun 1986, kini mempunyai status pengeluar aluminium terbesar di Asia Tenggara.

6. Kuan Kam Hoon (RM 16 bilion)

Pengasas Hartalega Holdings yang berusia 73 tahun sekali lagi berjaya meletakkan namanya dalam senarai orang terkaya di dunia yang dikeluarkan oleh Forbes .

Berada pada kedudukan 752 pada tahun ini, kekayaannya dianggarkan AS $ 3,9 bilion (RM16 bilion),

Namun, dia tidak mengautnya seorang diri,. sebaliknya, syarikatnya, yang telah beroperasi sejak tahun 1988, juga dikongsi bersama.

7. Tan Sri Dr Lim Wee Chai (RM 14.4 bilion)

Pada tahun 1991, dia mendirikan Top Glove dengan isterinya, Puan Sri Tong Siew Bee, dan firma itu dibuka pada tahun 2001.


Pengasas Top Glove yangberusia 63 tahun itu adalah orang terkaya ke-7 di Malaysia dan berada di kedudukan ke-859 dalam senarai Jutawan Dunia pada tahun 2021.

8. Tan Sri Lim Kok Thay (RM 11 bilion)

Kekayaan Pengerusi Genting Group ini dianggarkan bernilai AS $ 2.7 bilion (RMII bilion) tahun ini sementara kedudukannya dalam senarai Billionaires Dunia 2021 adalah 1174.

Hartawan berusia 69 tahun ini sinonim dengan empayar perniagaan kasino, pusat percutian dan ladang sawit yang diusahakan oleh mendiang ayahnya iaitu Tan Sri Lim Goh Tong sejak 1956.

Perniagaan ini diwarisi itu turut dikembangkan hingga ke luar negara.

Sumber : Sinar Harian

P/s: Khusus kepada Penjawat awam yang perlukan khidmat bantuan urus LPPSA untuk semua jenis pembiayaan. boleh KLIK SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *