4 Tips & Cetusan Idea Baharu Untuk Merancang Kewangan

Perancangan kewangan adalah salah satu perkara ‘wajib’ untuk memastikan kehidupan anda berjalan lancar.

Kita haruslah memulakan langkah awal untuk merancang masa depan kita sekarang!

Mari lihat satu persatu petua di bawah ini dapat mencetuskan idea baru untuk anda :

  1. Memulakan Tabung Kecemasan Dari Sekarang

Sekiranya anda mampu menyimpan RM10 seminggu, dalam setahun, anda akan mempunyai RM520 dalam dana kecemasan.

Sekiranya anda menerima hadiah bonus atau wang tunai, pastikan anda menyimpan sebahagian wang tersebut sebelum membelanjakannya.

Mungkin ada di antara anda yang merasakan ini sangat mustahil. Tetapi percayalah, memerlukan sedikit masa untuk menjadi bukit.

2. Menyimpan Dahulu Sebelum Berbelanja

Apabila wabak penyakit melanda negara kita, adalah mustahak anda mendisiplinkan perbelanjaan harian anda.

Contohnya, utamakan komitmen penting seperti membayar sewa, utiliti dan lain-lain sebelum anda membelanjakan wang anda untuk perkara lain.

Ketika duduk di rumah, ia pasti dapat membantu kita mengurangkan perbelanjaan tertentu seperti kos perjalanan, sukan dan rekreasi, hiburan dan aktiviti sosial.

3. Merekodkan Aliran Keluar Masuk Wang & Menyesuaikannya Dengan Gaya Hidup Kita

Dengan mengambil langkah ini, anda akan lebih berwaspada dengan penggunaan wang anda selepas ini.

Ini mungkin kelihatan remeh, tetapi jika anda terbiasa merakam perbelanjaan anda walaupun hanya membeli barang dapur, wang anda dapat masuk dan keluar dengan lebih berhati-hati.

Sekiranya boleh, elakkan daripada berhutang. Sesuaikan gaya hidup dan norma baru anda sekarang dengan keadaan kewangan anda.

4. Mempertimbangkan Keputusan Untuk Memulakan Pelaburan

Pelaburan patuh Syariah Maybank Islamic Zest-i sesuai untuk pelaburan berisiko rendah dan hanya memerlukan dana pelaburan awal RM50 sahaja.

Dengan permulaan serendah itu, ini membuka peluang tinggi untuk anda memenangi hadiah lumayan sepanjang tahun.

Pelaburan ini bukan sahaja dapat menjimatkan anda tetapi ada pelaburan yang memberi anda ganjaran sepanjang tahun dan memberikan pulangan tertinggi.

Sumber : rotikaya.com


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *