
Sebelum membeli rumah pertama, anda perlu merancang kewangan yang lebih kemas sekurang-kurangnya dalam tempoh 6 bulan, atau 1 tahun lebih baik.
Bank tidak akan mudah meluluskan permohonan sekiranya pembeli tidak mampu meyakinkan pihak bank, bahawasanya “saya mampu untuk beli rumah ini!”
Bank adalah sebuah entiti perniagaan, maka sudah pasti bank juga inginkan keuntungan.
sekiranya bank membuat semakan kelayakan, anda mempunyai rekod pembayaran yang buruk atau culas bayar hutang, pasti bank tidak akan luluskan loan rumah pertama anda. Kerana dari rekod tersebut, bank akan menilai sikap dan kemampuan anda.
Ini bukan bermakna syarat pembiayaan bank untuk rumah pertama terlalu ketat, tetapi anda kena faham bahawa tempoh pembiayaan rumah anda dengan bank adalah selama 35 tahun. Tempoh yang sangat lama.

syarat bank sedia ada sudah baik dan memadai. jika loan kita tidak lulus, baiki diri.
Pasti ada yang tidak kena dengan cara kita urus duit. Ia bukan soal bank kejam kerana tidak memberi pinjaman. Mungkin pendapatan kita kurang stabil, boleh jadi takdir Tuhan bukan masanya lagi.
Biar tidak dapat hutang, dari terseksa membayar hutang nanti. Jangan salahkan sesiapa, HIKMAH besar pasti ada. Baiki kewangan sebelum beli rumah pertama.

kongsikan ☟
Real Estate Services, Alwahida Ismail adalah seorang property advisor dan service consultant untuk pembiayaan Bank & LPPSA. Alwahida Ismail telah berjaya membantu ramai kakitangan awam dan swasta dalam pemilikan rumah pertama mereka, dan telah banyak bantu menguruskan pembiayaan LPPSA kakitangan awam yang ingin membeli tanah dan rumah. Untuk mendapatkan Alwahida Ismail sebagai property advisor anda atau ketahui perkhidmatan yang dikendalikan, lawati https://alwahidaismail.com atau hubungi 013-5022811 (save kan nombor ini) 😉