Rumah Kena Lelong Akibat Peminjam Tak Faham Fungsi MRTT.

Pembelian hartanah dengan hanya bergantung kepada MRTT semata-mata untuk melangsaikan segala hutang hartanah tersebut ketika berlakunya musibah adalah amat berisiko sekali.

Jadi dalam entry kali ini, wahida rasa amat bertanggungjawab untuk memperjelaskan kepada anda tentang fungsi MRTT yang ramai orang salah faham dan langsung tidak mengambil serius tentang perkara penting ini yang menyebabkan banyak kes rumah kena lelong sehingga ke hari ini adalah disebabkan tidak faham tentang fungsi MRTT.

Sayang…harta yang kita dah bersusah payah bina, akhirnya terpaksa dilelong dan tak sempat pun nak diwariskan kepada anak-anak. Sedangkan nilai hartanah yang kita beli tu pun dah semakin meningkat 2 3x ganda.

Jadi, jom kita sama-sama ambik cakna untuk kukuhkan KUASA PEMEGANGAN HARTA supaya harta yang kita ada tidak mudah DILELONG atau DIBEKUKAN dan sekaligus dapat kita wariskan harta tersebut kepada anak-anak.

Jadi sekiranya anda telah berjaya membeli hartanah, pastikan anda jelas dan faham tentang fungsi MRTT supaya anda dapat membuat persediaan awal sebelum berlakunya sebarang risiko dan musibah.

MRTT adalah Mortgage Reducing Term Takaful, iaitu bermaksud Perlindungan Pengurangan Gadai Janji. maksudnya di sini, kalau jumlah pinjaman perumahan anda berkurangan, perlindungan yang disediakan oleh MRTT juga akan berkurang. – itulah yang dimaksudkan dengan ‘mortgage reducing’ (pengurangan gadai janji) dalam MRTT.

Jadi antara punca rumah kena lelong disebabkan oleh salah faham MRTT adalah kerana:

  1. TIDAK JELAS TENTANG PERLINDUNGAN MRTT

Dalam pembelian hartanah, Pastikan anda sangat JELAS tentang perlindungan yang dilindungi oleh MRTT. Untuk pengetahuan anda, Perlindungan MRTT hanya melindungi kematian normal dan hilang upaya kekal sahaja. Sekiranya pembeli meninggal disebabkan sejarah kesihatan, maka pasangan terpaksa meneruskan bayaran kerana MRTT tak cover.

Begitu juga jika hilangnya pendapatan disebabkan SAKIT KRITIKAL. MRTT juga tidak langsung melindungi pembeli sekiranya sakit kritikal, jadi adakah kita masih MAMPU untuk meneruskan bayaran bulanan tersebut?

sekiranya TIDAK, kediaman kita bakal berhadapan risiko LELONG! jadi pls hati2 dan lindungi hartanah anda seawal yang boleh dengan hibah takaful kerana hibah takaful sahaja yang boleh menjadi penggantian pendapatan kepada kita sekiranya berhadapan risiko sakit kritikal.

SEBAB MALANGNYA, 70% PEMINJAM YANG CUBA CLAIM MRTT ADALAH PESAKIT KRITIKAL TETAPI MRTT TAK COVER.

2. PERLINDUNGAN MRTT TIDAK PENUH

Realitinya banyak juga pembiayaan hartanah yang tidak mendapat perlindungan MRTT penuh oleh kerana amount kelayakan sudah tidak mencukupi, maka bank akan memberi tempoh MRTT yang bersesuaian dengan kelayakan kita sahaja, maka keadaan ini amatlah bahaya jika tiada perlindungan tambahan melalui hibah takaful.

kuasa pemegangan harta untuk keadaan ini amat longgar sekali kerana ia sangat terdedah dengan risiko lelong sekiranya pembeli meninggal atau hilang upaya kekal walaupun dalam tempoh perlindungan, kerana situasi begini MRTT hanya akan cover separuh sahaja sekiranya pembeli meninggal dalam tempoh perlindungan, dan langsung tidak cover pada tempoh selepas itu.

Maka hal ini bakal membebankan pasangan atau waris untuk meneruskan bulanan tersebut.

3. PERLINDUNGAN MRTT PENUH

Bagi yang mendapat perlindungan penuh juga perlu berhati-hati kerana MRTT hanya melindungi kematian biasa dan hilang upaya kekal sahaja. ada kes yang pembeli meninggal disebabkan cancer, maka pasangan terpaksa untuk meneruskan bulanan atau jika tidak, rumah tersebut akan berhadapan risiko lelong.

Ini adalah contoh bagi perlindungan penuh MRTT sepanjang tempoh pembiayaan. Untuk kes ini, sekiranya pembeli meninggal Dunia atau hilang upaya kekal, pembiayaan hartanah tersebut akan dilangsaikan oleh MRTT.

Namun, wahida ingin tekankan juga di sini bahawa walaupun pembiayaan hartanah anda akan diselesaikan oleh MRTT, namun waris anda masih memerlukan modal sekurang-kurangnya 5% dari nilai semasa hartanah tersebut untuk menguruskan harta pusaka tersebut.

inilah antara salah satu punca total 70 Billion Aset umat islam dibekukan kerana kos pengurusan yang mahal dan waris berputus asa untuk menguruskan menyebabkan nilai wang yang sangat besar tertanam begitu saja.

Jadi, untuk memastikan harta yang telah anda bina tidak dibekukan dan dapat diwariskan kepada anak-anak, pastikan anda bina tabung hibah takaful kerana dana hibah takaful yang diterima oleh pasangan atau waris sangat dapat membantu mereka menguruskan harta pusaka tersebut. Lebihan dari dana hibah takaful itu boleh lah mereka gunakan untuk kelangsungan hidup yang lebih baik.

Jadi, wahida sebagai penasihat hartanah dan pengurusan risiko kewangan amat menasihatkan anda supaya mulakanlah simpanan hibah takaful untuk kukuhkan KUASA PEMEGANGAN HARTA anda supaya walaupun berhadapan risiko, harta kita masih dapat dikekalkan dan diwariskan.

KERANA HANYA HIBAH TAKAFUL MENJADI ALTERNATIF TERBAIK DALAM PENGURUSAN RISIKO KEWANGAN DAN PELENGKAP KEPADA PENGURUSAN HARTA PUSAKA.

ketahui lebih lanjut tentang POWERNYA PERANAN HIBAH TAKAFUL DI SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *