
Kali ini sekali lagi Wahida diberi kesempatan untuk turun padang bersama Dr.Eric KIm, iaitu seorang pelabur dan coach hartanah berpengalaman untuk lihat sendiri bagaimana seorang pelabur memilih dan meneliti ciri-ciri hartanah terbaik.
Sebagai seorang pelabur yang berpengalaman lebih belas tahun, pasti beliau sangat arif dalam meneliti sesuatu unit tersebut. Keputusan yang dibuat bukanlah sekadar lokasi dan jenis rumah sahaja, tetapi keputusan yang baik adalah berdasarkan NOMBOR!
Pulangan yang baik adalah hasilnya dari ciri-ciri hartanah yang baik.

setiap kali coaching wahida dengan beliau pun, beliau sangatkan tekankan NOMBOR!
Kalau rumah cantik, lokasi macam best tapi ROI tak cantik no point jugak..betul tak? sebab itulah tujuan seorang PELABUR, nakkan ROI yang terbaik..Jadi penekanan ke atas ciri-ciri hartanah yang paling baik tu amat penting sekali.
kalau disewakan, boleh dapat Rental Yield atleast 6% minimum. Baru la best jadi pelabur hartanah!.

Jadi, selain pemilihan lokasi, ada 2 ciri-ciri hartanah yang paling baik, iaitu:
- MUDAH DISEWAKAN
- MUDAH UNTUK DIJUAL.
kalau rumah tu tak cantik pun, tapi permintaan di kawasan tu tinggi, why not kan? kalau anda nak tak beli rumah yang tak cantik tapi permintaan sewa TINGGI?? permintaan sewa yang tinggi tu adalah signal bahawa hartanah anda tu ada ciri-ciri hartanah yang sangat baik!.
Bagi anda yang sedang nak mencari hartanah pertama atau perlukan bantuan berkaitan hartanah dan MLTT, maklumat lanjut ada di https://alwahidaismail.com/
