Beli Rumah atau Sewa? Keputusan untuk membeli rumah adalah satu keputusan peribadi yang besar kerana hartanah merupakan aset pelaburan yang mahal. Anda perlu memastikan belanjawan kewangan yang bagus sebelum membeli supaya rumah tersebut tidak menjadi BEBAN kewangan kepada anda.

sekiranya anda masih dalam keadaan kurang pasti samada ingin terus membeli rumah atau menyewa, elok juga sekiranya anda ambil keputusan menyewa dahulu sementara anda merancang simpanan untuk membeli rumah impian anda.
Pendapat individu dalam hal ini pasti berbeza, kerana kedua-duanya mempunyai kelebihan dan keburukan. Maka, untuk anda membuat keputusan samada “Beli atau Sewa, Mana Lebih Baik?”, di sini saya senaraikan antara beberapa kelebihan dan keburukan beli rumah sendiri berbanding menyewa;
Kelebihan:
- Rumah tersebut akan terus menjadi MILIK ANDA setelah anda selesai membayar semua pinjaman rumah tersebut dan tidak perlu lagi risau untuk berpindah-randah mencari rumah lain untuk didiami seperti menyewa.
- Anda Bebas mengubahsuai rumah tersebut tanpa perlu meminta izin dengan tuan tanah. Pengubahsuaian ini juga akan meningkatkan nilai hartanah anda sekiranya anda mengambil keputusan untuk menjual di masa akan datang.
- Hakikatnya untuk jangka masa panjang, membeli rumah adalah lebih murah berbanding membayar sewa. Demikian kerana anda tidak lagi perlu membayar sewa sepanjang hidup anda dan setelah beberapa tahun rumah tersebut akan menjadi milik anda sepenuhnya.
- Kesihatan kredit anda akan nampak lebih sihat dan bagus sekiranya anda berjaya membayar ansuran bulanan rumah dengan baik setiap bulan.

Keburukan:
- Anda perlu mengeluarkan sejumlah kos bagi membayar deposit, booking dan komitmen bulanan ansuran rumah anda. kegagalan anda untuk membayar ansuran dengan baik akan menjejaskan kesihatan kredit anda.
- kemungkinan juga anda terpaksa mengorbankan kehendak lain seperti makan di restoran mahal dan melancong buat seketika waktu kerana anda telah mengasingkan belanjawan untuk rumah anda.
- Ianya kurang fleksibel, sekiranya anda ingin menjual harta benda dan kos untuk berpindah adalah lebih mahal berbanding menyewa kerana ia memerlukan kepada khidmat guaman dan agensi hartanah.
- mungkin berlaku kesukaran untuk menjual jika keadaan ekonomi tidak stabil dan nilai semasa rumah anda.
- sekiranya anda membuat pembiayaan bersama dengan pasangan, akan timbul komplikasi sekiranya suami dan isteri berpisah atau bercerai, kerana hartanah itu mungkin perlu dibubarkan.
- memerlukan belanjawan tambahan untuk keadaan yang tidak dijangka seperti pembaikan utama, kerosakan atau bencana sepeti banjir.

jadi jawapan bagi soalan “Beli atau Sewa, mana lebih baik” adalah bergantung kepada kesediaan kewangan seseorang individu tersebut.
Anda juga perlu membuat kira-kira bagi hartanah yang mempunyai harga mampu milik, kerana mungkin ia jauh lebih baik berbanding terusan menyewa. Semak lokasi perumahan baru di sini.
Pastikan buat persediaan kewangan yang baik sebelum membeli rumah.

Bandar Daunan Worldwide Bina Gaya Hidup Alam.

Perak Tawar Lebih 20 Ribu Unit Mampu Milik Lengkap Fasiliti Elit.

Apartment Fasiliti Kondo Di Puncak Alam (Bermula RM269k)

Projek Perumahan Free Yuran Guaman di Ipoh, Perak.

Buku Irfan Khairi: 9/10 Rezeki Perniagaan.


Real Estate Services, Alwahida Ismail adalah seorang property advisor dan service consultant untuk pembiayaan Bank & LPPSA. Alwahida Ismail telah berjaya membantu ramai kakitangan awam dan swasta dalam pemilikan rumah pertama mereka, dan telah banyak bantu menguruskan pembiayaan LPPSA kakitangan awam yang ingin membeli tanah dan rumah. Untuk mendapatkan Alwahida Ismail sebagai property advisor anda atau ketahui perkhidmatan yang dikendalikan, lawati https://alwahidaismail.com atau hubungi 013-5022811 (save kan nombor ini) 😉