
Semalam rata-rata masyarakat menyedari tentang penurunan kadar dasar semalaman (OPR) melalui keputusan yang dibuat oleh Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) sebanyak 0.25 peratus kepada 1.75 peratus, paras terendah sejak 2004.
keputusan ini dibuat untuk memberi rangsangan dasar tambahan untuk mempercepat kadar pemulihan ekonomi Negara.
Maka, kadar siling dan lantai koridor OPR masing-masing dikurangkan kepada 2.00 peratus dan 1.50 peratus.
sebenarnya, ini adalah penurunan kali keempat yang berlaku dalam tempoh enam bulan sejak 22 Januari 2020.
BNM akui impak Covid-19 adalah teruk dan mungkin kekal lemah dengan pertumbuhan global yang diunjurkan negatif pada tahun ini.
“Walaupun paras terendah dijangka berlaku pada suku kedua, kelemahan yang menyeluruh dalam pasaran buruh dan sikap berhati-hati isi rumah serta perniagaan boleh menjejaskan pemulihan pada masa depan.
“Beberapa ekonomi utama telah mula melonggarkan langkah pembendungan pandemik Covid-19 yang membawa kepada penyambungan semula aktiviti ekonomi secara beransur-ansur.
“Keadaan kewangan bertambah baik, walaupun kegiatan penghindaran risiko terus tinggi. Risiko prospek globalmenjadi lebih perlahan masih wujud, terutamanya jika pandemik kembali menular dan memerlukan pelaksanaan semula langkah pembendungan,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

BNM berkata, bagi Malaysia, aktiviti ekonomi menguncup dengan ketara pada suku kedua 2020, disebabkan oleh langkah yang diperkenalkan untuk membendung pandemik pada peringkat global dan dalam negara.
susulan pembukaan semula ekonomi secara berperingkat, kegiatan ekonomi dilihat mulai pulih daripada paras terendah pada suku kedua.
Bank pusat berkata, tekanan inflasi dijangka menjadi sederhana pada 2020.

Real Estate Services, Alwahida Ismail adalah seorang property advisor dan service consultant untuk pembiayaan Bank & LPPSA. Alwahida Ismail telah berjaya membantu ramai kakitangan awam dan swasta dalam pemilikan rumah pertama mereka, dan telah banyak bantu menguruskan pembiayaan LPPSA kakitangan awam yang ingin membeli tanah dan rumah. Untuk mendapatkan Alwahida Ismail sebagai property advisor anda atau ketahui perkhidmatan yang dikendalikan, lawati https://alwahidaismail.com atau hubungi 013-5022811 (save kan nombor ini) 😉