
Bila anda beli rumah, anda boleh membeli perlindungan untuk gadai janji (mortgage). Ada 2 jenis produk insurans Takaful yang akan dapat melindungi anda sekiranya terjadi sebarang kecacatan serius atau kematian.
Pengambilan insurans ini sangat penting ya!. Bukan sahaja untuk bantu lindungi rumah anda, tapi untuk kesejahteraan orang yang kita sayang jugak.
Insuran memang perlindungan terbaik, lebih-lebih lagi untuk melindungi sesuatu yang bernilai seperti hartanah.
Anda pasti akan terjumpa atau terdengar tentang MRTT dan MLTT bila nak beli rumah kan? Ada juga yang pening tak tahu nak pilih mana satu. Sebelum itu, jom kita ambik ilmu sikit tentang perbezaan kedua-dua jenis takaful ini.
Sebenarnya, MRTT adalah singkatan kepada Mortgage Reducing Term Takaful dan MLTT pula ialah Mortgage Level Term Takaful.
Kedua-duanya adalah produk insurans Takaful yang melindungi anda sekiranya terjadi sebarang kecacatan serius atau kematian.
Sebagai produk insurans Takaful, kedua-duanya menawarkan insurans berasaskan Syariah (Halal) yang sangat penting untuk melindungi mereka yang tersayang, dan juga untuk membantu dari segi kewangan jika dalam kesusahan.

Apa Itu MRTT?
Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT) adalah produk insurans Takaful yang direka khas untuk menyediakan sokongan kewangan sekiranya terjadi kes kecacatan kekal/total permanent disability (TPD) atau kematian.
Maknanya, kalau jumlah pinjaman perumahan anda berkurangan, perlindungan yang disediakan oleh MRTT juga akan berkurangan – itulah yang dimaksudkan dengan ‘mortgage reducing’ (pengurangan gadai janji) dalam MRTT.
Pembayaran untuk yuran insurans Takaful pula dibuat sekaligus (lump-sum) pada masa pembelian, dan biasanya sebahagian atau jumlah penuh boleh dibayar menggunakan pinjaman perumahan.
Jika berlaku kes kematian, MRTT boleh digunakan untuk membayar baki jumlah pinjaman perumahan anda, ia dibayar terus kepada mana-mana institusi kewangan yang biayai rumah anda.
Inilah JAMINAN kestabilan kewangan dan ketenangan ahli keluarga dan orang yang kita sayang walaupun mereka sedang berada dalam keadaan yang sukar.
MRTT juga melindungi kes kecacatan kekal dengan menawarkan perlindungan keselamatan kewangan yang penting sekiranya terjadi hal-hal yang tidak dingini, misalnya apabila individu yang dilindungi berdepan kecacatan kekal dan tak dapat bekerja lagi.
Kalau pinjaman perumahan tu habis bayar awal, pihak insurans selalunya akan tawarkan bayaran balik tunai, berdasarkan terma dan syarat penamatan awal.

MRTT mempunyai istilah yang sangat jelas, yang mana ia dikira berdasarkan tempoh pinjaman perumahan. itulah MOTIF utama MRTT iaitu untuk melindungi hutang pinjaman perumahan.
Sangat penting juga untuk pihak insurans memadankan tempoh dan pengurangan jumlah tersebut dengan pinjaman perumahan anda untuk insurans jenis ni.

Apa Itu MLTT?
Mortgage Level Term Takaful (MLTT) pula direka untuk memberikan jaminan kewangan kepada keluarga anda, sekiranya terjadi kes kematian atau kecacatan kekal.
Walau bagaimanapun, jumlah yang dilindungi oleh MLTT akan kekal sepanjang tempoh pelan insurans diambil – itulah yang dimaksudkan dengan ‘Level Term Takaful’
Jika terjadinya kes kematian atau kecacatan kekal, MLTT akan membayar baki pinjaman perumahan yang ada terus kepada bank.
Baki daripada jumlah yang dah dibayar untuk insurans pula akan diberi terus kepada penerima manfaat (beneficiary).
Maknanya, MLTT ni bukan saja melindungi nilai pinjaman perumahan, tapi pada masa yang sama, menyediakan kewangan tambahan pada keluarga dan yang tersayang.
Lain daripada MRTT, bayaran untuk MLTT dibuat secara bulanan sepanjang tempoh pinjaman perumahan dibuat.
Oleh itu, ianya tak boleh dibayar menggunakan pinjaman perumahan macam MRTT, dan mesti dibayar oleh peminjam dalam ansuran bulanan.
Disebabkan nilai yang dibayar untuk MLTT kekal sama, kos keseluruhan premium juga mungkin lebih mahal berbanding perlindungan yang disediakan oleh MRTT walaupun untuk tempoh yang sama.
Perbezaan Antara MRTA vs MRTT

MRTA yang bermaksud ‘Mortgage Reducing Term Assurance’. MRTT tu sebenarnya memang produk yang sama je, cuma dalam versi Takaful, ia bertujuan melindungi jumlah pengurangan pada pinjaman perumahan sepanjang tempoh pelan yang diambil.
Sama juga untuk MLTT vs MTLA. MLTA ialah ‘Mortgage Level Term Assurance’ – yang mana MLTT adalah versi Takafulnya untuk perlindungan yang sama jenis.
Keempat-empat perlindungan ni adalah produk insurans hayat gadai janji yang memberikan jaminan sekiranya berlaku kematian atau kecacatan kekal.
Jika anda ingin membuat pembiayaan rumah secara konvensional, anda boleh pilih MLTA/MRTA. Manakala, kalau nak biayai rumah secara Islamik, pilihlah MLTT/MRTT.
Pembeli hartanah yang beragama Islam wajib mengambil insurans rumah jenis Takaful, maksudnya MLTT/MRTT.
Biasanya semasa beli rumah, ejen hartanah atau jurubank akan cadang insurans rumah yang paling sesuai, dan akan bantu anda sediakan dokumen untuk pembelian insurans.
Walaupun, sebagai contohnya, jurubank mungkin cadang MRTT tetapi anda fikir MLTT lebih berfaedah untuk keluarga anda, anda boleh meminta jurubank untuk memohon MLTT.
Tetapi! Anda perlu tahu juga sekiranya bank pinjaman perumahan anda ada sediakan insurans rumah ni. Jika tak ada, anda boleh mohon insurans ni dari bank atau institusi kewangan lain.
Kelebihan Dan Kekurangan MRTT vs MLTT & MRTA vs MLTA

Dalam insurans, perkara paling penting yang anda perlu pertimbangkan adalah ia perlu memenuhi keperluan anda.
Kena ingat yang kepentingan insurans hanya akan nampak bila sesuatu kejadian tak diingini berlaku. Pendek kata, insurans ni macam sediakan payung sebelum hujan untuk kesayangan anda dalam waktu yang sukar.
Tapi, anda juga kena ingat yang anda perlu dapatkan nasihat kewangan dari pakar atau ejen bertauliah bagi memastikan anda memilih produk insuran terbaik dan sesuai untuk anda.
Kena ingat juga yang MLTT dan MRTT ni adalah istilah yang merangkumi pelbagai jenis produk dari institusi kewangan berlainan.
Terma dan syarat untuk setiap produk pun boleh jadi berbeza juga. Contohnya, definisi untuk TPD mungkin jauh berbeza antara dua produk tersebut.

Saya juga kadang sering ditanya oleh client saya tentang insurance apa yang sesuai utk diorang ambil, samada MRTT atau MLTT?
Jawapan saya, untuk selamat ambiklah MRTT. MRTT lebih murah dan selamat. Manakala MLTT bayarannya 2x ganda lebih mahal dan ada risiko kerana MLTT perlu dibayar setiap bulan selama tempoh polisi.
Jika tak bayar sebulan, MLTT akan worse dan rumah dah tak ada coverage.kalau pembeli meninggal dunia tapi pmt MLTT tak lapse, selamat untuk orang kita sayang..mereka juga akan dapat pampasan yang dijanjikan untuk selesaikan hutang.
Tapi kalau lapse? kesian waris..akan jadi beban pula pada waris nanti. Betul, MLTT ada kelebihan dia utk simpanan. tapi kena faham, MLTT lebih mahal dan ada kenaikan mengikut umur.

loan rumah pun ramai yang masih tunggang-langgang untuk bayar, jika ambik MLTT akan bertambah masalah nanti. Jadi sebab itulah bank kebanyakan mewajibkan MRTT. MRTT lebih selamat dan murah. amount MRTT sudah termasuk dalam loan mengikut berapa tahun kita nak cover. sebaiknya cover sepanjang tempoh loan berlangsung. Hal ini dapat mengelak peminjam utk lapse daripada bayaran polisi setiap bulan.
Apa-apa pun, ukur kemampuan sebelum buat keputusan. 🙂