Rumah baru atau subsales, Mana satu nak pilih?

Wahida rasa kategori rumah baru ni pasti ramai yang dah tahu kan. so rumah kategori subsale ni pula adalah rumah yang pernah ada pemilik sebelum ni. Bahasa mudahnya orang kata rumah second hand lah ya. jadi dalam memilih kedua-dua kategori ini, banyak perkara yang perlu diambil kira.

Bila dah tiba masanya untuk anda beli rumah, mungkin ada setengah anda yang akan memikirkan samada beli rumah baru (Undercon) atau rumah subsale. mana 1 yang lebih baik sebenarnya kan?

Baik, bagi melihat antara kedua-dua kategori tersebut mana satu yang mungkin akan menjadi pertimbangan yang lebih berat untuk anda, jom kita kenali lebih sikit tentang kedua-dua kategori rumah tersebut.

Secara asasnya, rumah subsales ini adalah rumah yang anda beli dari pemilik asal rumah tersebut. Ada banyak faktor kenapa rumah itu dijual, mungkin keluarga itu perlu berpindah atau mungkin ada sebab-sebab lain yang menyebabkan dia peru jual rumah tersebut.

Sebaliknya, rumah baru atau rumah yang masih dalam pembinaan ini adalah rumah yang belum dimiliki dan ia masih baru. Ia masih milik pemaju dan bukan rumah yang ditinggalkan oleh pemilik asal.

baik, selepas anda dah tahu secara asas perbezaan antara kedua kategori ini, anda perlu mempertimbangkan pula berapa anggaran bugdet anda.

mungkin anda akan kata ” oh, budget saya dalam RM500,000.”

Ok, katakan budget anda nak beli rumah RM500,000, ada tak budget tambahan yang sanggup anda keluarkan untuk menampung kos pembelian rumah anda tadi? Adakah RM500,000 tadi sudah termasuk yuran Perjanjian Jual Beli (SPA), yuran-yuran lain serta kos ubahsuai rumah anda nanti?

Sekiranya tidak, sangat PENTING untu anda ketahui dengan tepat apa yang perlu anda hadapi sebelum memutuskan samada membeli rumah subsale atau rumah baru.

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN BELI RUMAH SUBSALES:

Ini belum lagi bercerita tentang kos pembelian rumah subsales, huhu.

Sekiranya anda ingin membeli rumah subsales, ini antara kos yang perlu anda tanggung.

1) Bayaran Penilaian
Bergantung pada harga rumah, biasanya ditanggung oleh penjual tetapi boleh ditolak kepada pembeli.

2) Bayaran Ejen Hartanah
Mereka membantu rundingan antara pembeli dan penjual untuk membuat perjanjian.

3) Bayaran Pendahuluan
biasanya 10% dari harga rumah, tetapi lebih baik sekiranya anda standby 20% tunai.

4) Perjanjian Jual Beli (SPA)
Jumlahnya bergantung pada harga rumah.

5) Memorandum Of Transfer
Duti setem yang dikenakan semasa memorandum of transfer.

6) Legal fees
Kos penyediaan dan pengendalian dokumentasi undang-undang dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa yang berkenaan, termasuk caj duti setem mengikut harga rumah.

7) Pelbagai Caj
MRTA / MLTA untuk jaminan gadai janji, insurans kebakaran / rumah, ansuran pinjaman, faedah, deposit untuk utiliti, pembaikan / pengubahsuaian, penyelenggaraan, dll.

KLIK DI SINI

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN BELI RUMAH BARU:

Walaupun mungkin anda ingin beli rumah baru, jangan lupa tentang kos terlibat yang mungkin anda juga kena tanggung:

1) Bayaran Pendahuluan
Minimum 10% atau seberapa banyak bank bersedia memberi pinjaman kepada anda. Dalam kes tertentu, ada juga pemaju yang adakan inisiatif tertentu bagi membantu pembeli mengurangkan bayaran deposit.

2) Perjanjian Jual Beli (SPA)
Berdasarkan tahap harga bergantung pada harga rumah. ini juga ada sesetengah projek yang telah ditanggung sepenuhnya untuk anda.

3) Bayaran Guaman
Kos penyediaan dan pengendalian dokumentasi undang-undang dan menyerahkannya kepada pihak berwajib, termasuk caj duti setem 5%, cukai pemerintah 6%, dan caj pengeluaran.

4) Memorandum Of Transfer
Pindah hak milik rumah kepada pemilik yang sah 6 bulan selepas rumah siap. Dikenakan berdasarkan harga rumah, cukai kerajaan dan caj pengeluaran 6%.

5) Pelbagai Caj
MRTA / MLTA untuk jaminan gadai janji, insurans kebakaran / rumah, ansuran pinjaman, faedah, deposit untuk utiliti, pembaikan / pengubahsuaian, penyelenggaraan, dll.

Mengikut klasifikasi di atas tadi, anda rasa mana satu jenis rumah yang mungkin anad beli?

Pilihan ini sebenarnya subjektif mengikut keperluan setiap individu.

sekiranya anda mencari rumah untuk tujuan duduk sendiri bukan tujuan pelaburan, maka pemilihan rumah baru lebih baik kerana anda tidak perlu pening fikirkan keadaan rumah yang mungkin perlu dibaiki semula dan sebagainya.

kebanyakan rumah baru juga selalunya anda dapat beli dengan kos permohonan yang sangat-sangat minima berbanding kos yang sangat tinggi untuk pembelian rumah subsale.

KLIK DI SINI

Tetapi jika anda memang ada tujuan pelaburan atau ingin sewakan, boleh lah anda cari rumah subsales yang sudah mempunyai pembangunan yang matang. kerana mudah untuk anda dapatkan penyewa.

Yang penting, anda tahu scoring pinjaman anda serta beli lah rumah yang sesuai dengan kelayakan anda.

Jika post ini membantu, kongsikan di bawah. 🙂

1 thought on “Rumah baru atau subsales, Mana satu nak pilih?

  1. Alwahida Ismail Post author

    Real Estate Services, Alwahida Ismail adalah seorang property advisor dan service consultant untuk pembiayaan Bank & LPPSA. Alwahida Ismail telah berjaya membantu ramai kakitangan awam dan swasta dalam pemilikan rumah pertama mereka, dan telah banyak bantu menguruskan pembiayaan LPPSA kakitangan awam yang ingin membeli tanah dan rumah. Untuk mendapatkan Alwahida Ismail sebagai property advisor anda atau ketahui perkhidmatan yang dikendalikan, lawati https://alwahidaismail.com atau hubungi 013-5022811 (save kan nombor ini) 😉

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *