Daunan Worldwide adalah sebuah Bandar baharu yang sedang dibangunkan di Persiaran Alam Perdana, Bandar Puncak Alam.

Pembangunannya melibatkan beberapa fasa, dan sekarang ketika saya update blog ini pada 3 Julai 2022 pembangunannya telah pun masuk fasa kedua, dan unit rumah untuk permohonan pun sudah tidak banyak yang tinggal.

Pembangunannya seluas 439 ekar ini dilihat bakal menarik minat pembeli yang bekerja di luar bandar puncak alam kerana lokasinya yang sangat dekat dengan susur highway LATAR, dan dihubungkan juga dengan highway utama yang lain (Guthrie Corridor Expressway dan akan datang DASH Highway).

Ini akan menjimatkan masa bagi anda yang setiap hari berulang-alik kerja di luar kawasan Bandar Puncak Alam, seperti Sungai buloh, damansara dan kawasan-kawasan berhampiran.
Sesuai dengan namanya “Daunan Worldwide”, Bandar baharu ini dibina berkonsepkan Alam dan Hijau. Tema ini digunakan bagi memupuk kesejahteraan dan pembangunan perbandaran yang boleh memberi ketenangan kepada penduduknya.

Ia juga dirancang dan direka untuk mewujudkan suasana yang sihat dan sejahtera. Perancangan pembangunan ini disokong oleh tiga badan utama iaitu Kesihatan fizikal, kesejahteraan sosial dan kesejahteraan alam sekitar.


Bagi pembeli fasa 1, mereka baru sahaja selesai urusan serahan kunci, manakala untuk fasa kedua pula,pembinaan sudah pun melebihi 25%. Sekiranya anda berminat dengan konsep projek HALYA 2 Bandar Daunan Worldwide ini, dan ingin membuat permohonan, KLIK SINI Untuk maklumat lanjut.
RUMAH CONTOH:
Permohonan masih lagi dibuka, anda boleh dapatkan maklumat lanjut tentang HALYA 2 DAUNAN WORLDWIDE DI SINI















Pm 0195759607
baik en yunus.
Real Estate Services, Alwahida Ismail adalah seorang property advisor dan service consultant untuk pembiayaan Bank & LPPSA. Alwahida Ismail telah berjaya membantu ramai kakitangan awam dan swasta dalam pemilikan rumah pertama mereka, dan telah banyak bantu menguruskan pembiayaan LPPSA kakitangan awam yang ingin membeli tanah dan rumah. Untuk mendapatkan Alwahida Ismail sebagai property advisor anda atau ketahui perkhidmatan yang dikendalikan, lawati https://alwahidaismail.com atau hubungi 013-5022811 (save kan nombor ini) 😉