Wariskan Aset, Jangan Bebankan Waris Dengan Hutang.

statistik terkini menunjukkan 2 ke 3 ribu nama baru yang termasuk dalam senarai lelong setiap bulan hampir 70% adalah mereka yang tergolong dalam pesakit kritikal. Dan apabila peminjam meninggal dunia pula ramai waris yang terbeban dengan baki hutang yang ditinggalkan.

RUMAH YANG KITA BELI BELUM BERTUKAR MENJADI ASET DAN MASIH KEKAL SEBAGAI STATUS HUTANG SELAGI KITA BELUM SELESAI BAYAR.

Jadinya bila peminjam meninggal, dan waris tiada modal untuk selesaikan baki hutang dan tiada langsung pun modal untuk urusan pindah milik, sayang seribu kali sayang..rumah yang penat-penat kita beli dengan hasil kerja keras kita selama ini untuk keselesaan keluarga tak dapat nak diwariskan walaupun nilai aset itu dah meningkat.

Tempoh tuntutan MRTT ambik masa yang sangat lama sehingga ada yang lebih 1 tahun pun belum selesai lagi. Jadi sepatutnya waris perlu meneruskan bayar balik pinjaman seperti biasa selepas kematian peminjam sehingga tuntutan MRTT selesai. Sekiranya bayaran balik pinjaman tidak diteruskan seperti biasa, maka akhirnya ada baki hutang yang tak settle dan rumah akhirnya tak boleh dipindah milik.

Bagi yang tak dapat perlindungan MRTT penuh, lagi perlu berhati-hati kerana waris perlu melangsaikan semua baki hutang yang tinggal sebelum pindah milik boleh dilaksanakan. Persoalannya adakah waris kita cukup modal simpanan untuk langsaikan semua baki hutang tersebut?

Pernah tak anda cek Letter Offer tentang perlindungan MRTT? hal ni melibatkan risiko yang besar, jadi wahida nasihatkan ambik lah serius dari awal..supaya tempat berteduh orang yang kita sayang tak hilang.

Wahida sebagai property advisor dan penasihat pengurusan risiko kewangan memang selalu sangat sarankan kepada semua client wahida khususnya dan semua pembeli hartanah di Malaysia, hibahkan lah dana tunai melalui hibah takaful kepada waris.

Kerana hibah takaful sahaja alternatif terbaik yang kita ada untuk mendapat tunai RATUSAN RIBU atau JUTAAN RINGGIT dengan cepat dan singkat untuk ditinggalkan kepada waris supaya mereka boleh gunakan wang tersebut untuk selesaikan baki hutang dan meneruskan kelangsungan hidup.

sebenarnya jauh lebih untung jika kita ambil atau simpan sedikit mungkin bawah 10% je dari gaji kita untuk hibah takaful ni berbanding kita menyimpan sendiri duit itu..mmg jauh sangat nilai yang kita dapat jika dibuat perbezaan simpan dalam hibah takaful dan simpan sendiri.

simpanan yang kita allocate tak sampai 10% tu peranannya amat besar kepada waris yang ditinggalkan, kerana pampasan yang diterima oleh waris, dia boleh gunakan untuk:

  • Settlekan baki hutang.
  • Gunakan untuk modal pindah milik.
  • Bantu lupuskan semua hutang si mati supaya si mati dapat meninggal dalam keadaan bebas hutang dan roh tidak tergantung.
  • Waris gunakan untuk meneruskan kelangsungan hidup tanpa menanggung bebanan hutang yang berat.

Ketahui pentingnya keperluan Hibah Takaful DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *