5 Fakta Menarik Mengenai Puncak Alam


Hi semua.., ingat wahida lagi tak? 🤗 Jom posting kalini wahida nak share dengan anda tentang 5 FAKTA MENARIK MENGENAI PUNCAK ALAM. ada ke orang Puncak alam sini? wahida selalu turun puncak alam ni sebab banyak projek PERUMAHAN BARU PUNCAK ALAM yang wahida handle di sini. kalau ada yang nak tengok projek mana yg masih kosong, boleh lah cuba KLIK SINI ye.

So, Ini 5 Fakta Menarik Mengenai Puncak Alam yang orang Puncak Alam sendiri pun mungkin tak tahu;

  1. Puncak Alam merupakan sebuah bandar dalam daerah Kuala Selangor. Ia terletak dalam lingkungan 20 kilometer ke arah barat laut daripada bandaraya Shah Alam. Puncak Alam ni dulu bermula dengan sebuah estet kelapa sawit di bawah selenggaraan FELDA dalam kawasan yang dahulunya dikenali sebagai Bukit Cherakah.

2. Puncak alam adalah antara salah satu Bandar di kawasan Selangor yang sedang berkembang pesat sejak beberapa tahun ini. Sangat banyak pembangunan projek infrastruktur dan projek-projek PERUMAHAN BARU DI PUNCAK ALAM yang giat dibangunkan oleh pemaju-pemaju terkemuka di Malaysia, seperti IJM land, Worldwide, LBS, Eco World, dan lain-lain.

HOSPITAL UITM PUNCAK ALAM

3. Kajian menunjukkan anggaran jumlah penduduk di kawasan Puncak Alam adalah seramai 28,000 orang dan jumlah itu dijangka terus meningkat kepada 60,000 orang pada masa akan datang

4. Bandar Puncak Alam juga memiliki beberapa pusat pendidikan, seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam dan Kolej Vokasional Puncak Alam. Kedua pusat pendidikan tersebut menawarkan pelbagai program dan latihan untuk mahasiswa.

5. Bandar Puncak Alam mudah diakses melalui jalan raya, dan terhubung dengan pusat Bandar Kuala Lumpur melalui Lebuhraya yang wahida sendiri pernah dari KLCC ke Puncak Alam hanya 40 Minit sahaja perjalanan. So kalau orang kerja KL nak rumah yang lokasi lebih TENANG memang ok je kalau beli rumah di Puncak Alam ni kan..Boleh je semak PROJEK PERUMAHAN BARU PUNCAK ALAM di SINI.🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *