4 Syarat Beli Rumah Dengan Selamat.

Untuk membeli hartanah atau rumah kediaman sendiri, memang seronok. Tapi sebelum nak membeli, pengurusan kewangan juga amat penting. Setiap keputusan HARTANAH adalah melibatkan KEWANGAN, jadi pastikan kita cukupkan dulu 4 syarat utama ni sebelum nak membeli.

  1. LAYAK

Kelayakan ni adalah merujuk kepada pendapatan dan komitmen kita dengan pihak bank ataupun institusi kewangan. Untuk dapatkan pembiayaan, pastinya syarat LAYAK ni menjadi keutamaan. Tak semestinya jika pendapatan kita tinggi, kita boleh dapat kelayakan yang tinggi. Kalau komitmen sedia ada kita pun dah tinggi, agak sukarlah untuk kita dapatkan kelayakan yang lebih tinggi.

Bagi anda yang bergaji sederhana dan rendah pula, walaupun kelayakan anda mungkin agak terhad, namun anda boleh gunakan inisiatif pembiayaan bersama. Iaitu cuba dapatkan seorang lagi untuk gabung gaji dengan anda, cthnya pasangan, adik beradik atau ibu ayah anda sendiri. Cara ini pasti dapat membantu anda untuk layak dan lulus dalam permohonan.

2. MAMPU

syarat kedua ini merujuk kepada total keseluruhan komitmen dan perbelanjaan bulanan kita. Termasuklah kos makan minum harian, yuran sekolah anak2, sewa rumah, bil-bil dan sebagainya.

syarat MAMPU ini tidak berkait dengan pihak bank. Bank langsung tak tengok pun perbelanjaan dan komitmen kita yang lain selain komitmen kita dengan bank. Jadi ini adalah tanggungjawab kita sendiri untuk mengukur baju di badan sendiri.

sekiranya kita inginkan rumah yang lebih mahal, tetapi syarat MAMPU ini kita abaikan, takut kita akan terjerat dan koyak kewangan pula nanti..Jadi biarlah kita beli rumah yang di bawah kemampuan kita supaya aliran kewangan kita positif dan tak membebankan.

3. PETI SELAMAT

Syarat ketiga ni sebenarnya amat penting dan sering diabaikan. Dalam konteks pembelian hartanah, tak sama macam kita beli barang biasa yang kita hanya perlu membuat sekali bayaran sahaja. Tetapi pembelian hartanah memerlukan komitmen kita sehingga maksimum 35 tahun.

Jadi sepanjang tempoh tersebut, pelbagai risiko yang mungkin kita terpaksa hadapi seperti kematian, cacat kekal dan juga sakit kritikal. Jadi ketika berada dalam risiko, peti selamat ni lah yang akan bantu kita untuk teruskan bayar balik pinjaman perumahan atau settlekan terus hutang rumah tersebut.

Maka pastikan anda buat simpanan hibah takaful awal untuk pastikan kita ada cukup peti selamat sebelum berlakunya risiko. Kalau kita lewat mulakan, ruginya sebab bulanan caruman kita akan jadi lebih mahal dan lebih membimbangkan apabila sudah mula ada penyakit. Pastinya permohonan hibah takaful kita sukar untuk diluluskan. Semak powernya fungsi hibah takaful DI SINI.

4. PETI KEMARAU

Peti kemarau juga salah satu syarat yang seringkali dipandang remeh. Peti kemarau ni adalah merujuk kepada simpanan kita yang mudah dicairkan. Untuk lebih selamat, kita perlu adakan simpanan sekurang-kurangnya 6 bulan gaji atau lebih baik lagi setahun gaji.

Ketika Pandemik melanda, ramai yang terpaksa diberhentikan kerja. Walaupun dah hilang pekerjaan, namun komitmen sedia ada dan kos sara hidup perlu juga diteruskan. Jadinya jika kita ada PETI KEMARAU yang cukup, barulah kita tak terasa tertekan dan sempatlah untuk kita dapatkan sumber pendapatan yang baru.

Jika tips yang wahida sharekan kali ini membantu, jom kongsikan supaya kita dapat viralkan ilmu!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *