"Misi Merumahkan Kakitangan awam dan swasta"
Misi ini saya bangunkan atas dasar semangat untuk BANTU individu (Awam & Swasta) khususnya yang berpendapatan sederhana dan rendah untuk memastikan harapan untuk miliki Rumah pertama mereka tercapai.
History
Bermula Kerjaya sebagai Perunding Hartanah
Saya bukanlah dalam bidang Hartanah pada awalnya, kerana saya adalah Graduan Diploma Perbankan Islam di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, dan Graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Kewangan) di Universiti Sains Malaysia.
tapi kerjaya sebagai Perunding Hartanah pada hari ini adalah bermula daripada keputusan saya dan suami untuk membeli rumah pertama kami.
ketika tu kami juga mungkin sama seperti anda, langsung tiada simpanan untuk beli rumah. Biasanya kita dengar kalau nak beli rumah, atleast kenalah ada simpanan dalam 10% – 20%, jadi disebabkan itu, niat kami untuk beli rumah tertangguh.
pada tahun 2017, Alhamdulillah saya dah mula bekerja sebagai Eksekutif pemasaran di sebuah syarikat swasta. walaupun simpanan masih belum ada, tapi dah rasa yakin nak beli rumah sendiri. Bestnya ada rumah sendiri kan..
dalam usaha suami mencari, terjumpa la satu tawaran pembelian rumah untuk kakitangan awam. kami excited jugak lah masa tu sebab dimaklumkan kos permohonan PERCUMA sepenuhnya. “Banyak boleh jimat ni..”
ketika permohonan kami berjalan, saya mula buka mata dalam Industry Hartanah. Saya nampak banyak masalah individu yang ingin beli rumah boleh diselesaikan sebenarnya.
so saya terus decide untuk beralih bidang dan terjun dalam bidang hartanah. Alhamdulillah tahun pertama penglibatan saya dalam bidang ini, banyak ilmu baru yang saya dapat belajar.
Nak Bantu Lebih Ramai Lagi.
saya mula pasang Azam untuk BANTU lebih ramai lagi Kakitangan Awam beli rumah pertama melalui kemudahan yang kami bawakan. saya yakin platform seperti inilah yang paling ramai orang harapkan.


sepanjang perkhidmatan saya dalam bidang ni, saya terima banyak permohonan pembelian rumah pertama oleh Kakitangan Awam melalui “Tawaran Skim Pembelian Rumah Kakitangan Awam”.
Ada dalam kalangan mereka yang berbaki gaji cukup-cukup makan pun, sanggup buat permohonan sebab nak juga ada rumah sendiri sebagai tempat berlindung.
walaupun kesian dengan keadaan gaji mereka, tapi saya bersyukur dapat ringankan beban mereka dari segi kos permohonan. kami bantu semua urusan permohonan pembelian dan pembiayaan mereka tanpa mengenakan sebarang bayaran.
Namun, walaupun ramai kakitangan awam yang gembira dapat beli rumah dengan mudah tanpa kos, ramai juga kakitangan swasta yang agak tersinggung dan marah kerana tidak terbuka peluang kepada mereka.
jadi oleh kerana hal tersebut, pada 2019 kami telah mulakan Inisiatif baru untuk buka permohonan kepada semua kakitangan swasta yang LAYAK dengan kos permohonan yang sangat minima.
Hubungi Saya Jika Perlukan Khidmat Rundingan.
013- 5022811